Adnan lupa Pahang ada kasino terbesar
Oleh BASIRON ABDUL
WAHAB
KUANTAN: Isu Menteri Besar Pahang mengajak Adun Mentakab keluar Dewan untuk bertumbuk mengulangi apa yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.
Ada gambar seorang pemimpin Umno tunggeng punggung riuh seluruh negara, biar pun Umno kekal di kerusi tersebut.
Kali ini isu banjir kilat†di bandar Mentakab dan Pulau Pinang menjadi riuh rendah sehingga diheret untuk bergasak pula.
Pada awalnya Adun Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji meminta kerajaan negeri memberi peruntukan untuk menaik taraf perparitan di daerah tersebut.
Kemudian Dato’ Adnan Yaakub mencelah dan menyifatkan banjir berlaku disebabkan pesta arak.
Namun ia tidak dipersetujui Zulpuri yang menyifatkan banjir tiada kena mengena dengan maksiat.
Zulpuri seorang yang dikatakan berfahaman sosialis tentu mempercayai banjir berpunca daripada hujan dan kelemahan sistem perparitan semata-mata.
Kaedah fikirnya dilihat senada dengan Lim Guan Eng yang percaya banjir berlaku kerana hujan lebat semata-mata.
Jauh sekali untuk percaya banjir adalah bencana yang diturunkan Allah Taala supaya manusia ingat kekuasaan-Nya.
Di sinilah punca berlakunya perdebatan antara Zulpuri dengan Adnan.
Zulpuri sukar menerima peringatan Allah terhadap pesta arak di Pulau Pinang punca banjir.
Malangnya tanpa di se dari Adnan, Pahang mempunyai kasino terbesar di Malaysia.
Selain itu, ada kedai menjual arak dibuka 24 jam sehari dan kedai judi nombor ekor.
Ia tiada beza dengan Pulau Pinang yang diperintah oleh sosialis sekular.
Facebook pro-menteri besar Pahang mendakwa Adnan mempertahankan akidah manakala media pro-Zulpuri membesarkan isu Adnan mengajak Zulpuri bertumbuk.
Zulpuri pula†dilaporkan sedia ditumbuk Adnan dan tidak akan melawan tumbukan lemah seorang warga emas.
Zulpuri mengambil peluang untuk popularkan isu berkenaan, manakala Adnan dilihat mahu menjadi jaguh yang alim.
Malang sekali banyak masa persidangan Dun Pahang baru-baru ini dibazirkan kerana melayan emosi amarah yang sengaja dicipta.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.