Bajet 2018 cipta kosa kata ‘Pe-Tunjang’
Oleh DR ZULKEFLEE
YAACOB
“BAHASA JIWA BANGSA” yang indah apabila Datoí Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mencipta kosa kata baru dalam entri kamus kosa kata bahasa Melayu se perti perkataan “bajet” yang dicipta mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed.
Retorik bahasa merupakan penggunaan diksi dalam pidato yang berkesan kerana “retorik” atau rethor asal perkataan Yunani yang bermaksud pidato. Penulis meneliti pembentangan Bajet 2018 dari awal hingga akhir konsensus gagasan idea kebahasaan dikemukakan kepada khalayak kerana ulasan dan diskusi inti pati kandungan pascabajet telah banyak diperkata dan disebar luas tetapi semakan pengkalan data entri kata dan kamus kosa kata “pe-tunjang.”
Ini menuntut pihak autonomi kebahasaan khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka memasukkannya dalam terbitan Kamus Dewan akan datang kerana sifat bahasa arbitrari tetapi akur pada peraturan dan sistem bahasa yang sesuai sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan.
Kata dasar atau kata tunggal “tunjang” yang bervariasi apabila menerima morfem terikat dalam proses pembentukan kata dan sebutan merupakan mikro bahasa terutama subbidang morfologi dan fonologi dalam makro linguistik bahasa Melayu.
Ungkapan kalimat beliau pada bahagian penutup antara fasal 243 dan 244 bahawa “pisau di tangan kita, kalau nipis dihiris maka nipislah jadinya, kalau tebal dihiris maka teballah jadinya” dalam pembentangan bajet 2018 akhir Oktober lalu sinonim gagasan idea dikemukakan penulis tentang kosa kata baharu “PE-TUNJANG.”
Sementara pembentukan kata melalui pelbagai proses, iaitu pinjaman atau serapan bahasa asing, akronim dan singkatan, penggandaan, pemajmukan dan morfologi melalui kaedah imbuhan.
Morfologi ini dibina atas prinsip bentuk imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan serta kosa kata itu gramatis melalui sistem ejaan dan hukum keselarasan vokal tetapi kekecualian pola keselarasan dengan pengekalan kosa kata asal bahasa serumpun seperti , lakon, awet, calon atau perabot dari bahasa Indonesia dan Inggeris seperti bonus, faktor, blok, klinik, skim dan lain-lain.
Merujuk sumber teks penuh muka surat 29,35, 40,51,63, 66 dan inti pati kandungan Bajet muka surat 2,4,6,7,8,10,12,13, 14 oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Teks Ucapan Penuh Kenyataan Media Berita Astro serta sebutan perkataan “Pe-tunjang” Bajet 2018 yang bertema “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50” telah memperuntukan RM280.25 bilion. Belanjawan yang tidak pernah diperucap sepanjang 22 tahun malah selama 60 tahun bernegara sendiri dan ditanda sejarah menjadi “ibu, segala bajet.”
Pelaksanaannya dalam keadaan cekap dan berkesan, agar rakyat dapat merasainya serta berharap kerajaan mengagihkan bajet secara bijaksana. “Pe-tunjang,” iaitu merancak pelaburan perdagangan dan industri, menuju aspirasi TN50, mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat, memacu pembangunan inklusif, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan, mempersiaga revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital, meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam dan mengimbangi par excellence duniawi dan ukhrawi.
Kata dasar “tunjang” bermaksud akar atau asas dan sandaran tetapi “pe-tunjang” entri kata baharu sama ada kata nama khas perlu ditulis “pe-tunjang” seperti di-Pertuan atau kata nama am terbitan masih status golongan kata nama mengikut sistem ejaan lama Za’ba.
Namun “pe-” morfem terikat variasi alomorf, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge, pel-, per- untuk menerbitkan kata terbitan seperti pelari, pembuka, pendatang, penggali, pengebom, pelajar, perasap dan sebagainya. Penambah atau imbuhan awalan pe- termasuk golongan kata nama dalam bahasa Melayu.
Sementara variasi kata tunggal terdiri daripada satu suku kata hingga empat suku kata (keluarga) atau lebih suku kata (maharajalela).
Kata tunggal tunjang hanya dua suku kata seperti rumus KVK + KVKK, iaitu “tun+jang” yang kena morfem pe- menerbitkan kata terbitan penunjang yang bermaksud orang yang memberi tunjuk ajar atau bantuan.
Kata dasar “tunjuk” seerti menampak diri atau menunjukkan tetapi apabila menerima imbuhan atau penambah awalan terhasil kata terbitan petunjuk, iaitu sesuatu yang menunjukkan atau penunjuk pula alat yang digunakan untuk menunjuk.
Asas fonem [p] dari bahasa Sanskrit, Latin dan Inggeris dalam ilmu perbandingan bahasa suatu pendekatan fonem, rekonstruksi kaedah teori salsilah, teori gelombang, kaedah pemeriksaan atau kaedah kosa kata dasar. Tambahan pendekatan dan kaedah perbandingan bahasa sekerabat atau sekeluarga Hukum bunyi bahasa Melayu-Polinesia rumpun Austronesia di Hesperanesia atau Nusantara dari segi bunyi dan perubahan bunyi secara RLD (Jawa-pari, Tagalog- palai, Melayu-padi), RGH (Melayu- darat, Tagalog-dagat, Ngaju- dahat) dan JDL (Melayu-jilat, Jawa-dilat, Hava-ilalat).
Dalam Teori Grimm atau Hukum Grimm peringkat bahasa Indo- Eropah terdiri Roman, Jermanik, Yunani dan Sanskrit terbahagi kepada dua, iaitu peringkat awal dan peringkat kedua (bh‡b, dh‡d, b‡p, d‡t, p‡f). Cara sebutan ha nya berbeza bunyi seperti ejaan pitlubang dan pet-haiwan kesayangan dan peringkat kedua bentuk mengeja seperti for, four, fore.
Selanjutnya dikesan tiada dalam dialek atau gaya kreatif atau manuskrip lama selari cipta kata aspek perluasan makna “layar” seperti belayar, singkatan doktor jadi dr., akronim LUTH (Lembaga Urusan Tabung Haji), mengundur kata edit‡editor, gembleng kata motel (motor dan hotel) dan cipta kata google bermakna 10000000 mulai 7 hingga seratus sifar. Malah ciptaan kata berasas manusia seperti diesel, watt dan ohm, barangan seperti xerox dan haiwan, iaitu sejenis burung di Australia.
Penyalahgunaan bahasa Melayu dari aspek sebutan sama ada sebutan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau kesalahan sebutan beberapa kata tertentu dalam bahasa Melayu,dan kesalah an intonasi serta tekanan seperti dialog, teknologi; sebutan yang salah /dai-log/, /tek-no-lo-ji/ dan sebutan yang betul /di-alog/, /tek-no-lo-gi/. Sebutan kata yang salah /mu-lai/, /m-rs-mi-kan/ dan sebutan yang betul /mu-la-i/, /mras- mi-kan/.
Bahasa dilihat dari sudut makna, sistem dan struktur serta bunyi malahan diterima dalam masyarakat atau komuniti bahasa sebaliknya sepakat menolak makna sintaksis “anak tikus menelan gajah gemuk” meskipun be tul dan gramatis dari aspek ujaran dan sistem tetapi tidak benar dari sudut pandang tempatan mahupun dunia.
Oleh itu, dasar Bahasa Melayu Standard digubal dari aspek sistem bunyi dan sebutan, sistem ejaan, sistem peristilahan, perkamusan dan tatabahasa malahan penguasa dituntut rizab kawasan belas ihsan bahasa.
>> Penulis ialah Pensyarah Kanan, Unviersiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.