Adnan cakap jangan guna emosi
Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor diingatkan supaya apabila bercakap menggunakan ‘otak’ jangan guna emosi supaya tidak menghina orang Melayu kerana Umno juga mengharap undi orang Melayu, tegas bekas Pensyarah UITM, Shah Alam, Ustazah Dr Asiah Ali.
Menurut beliau, ini kerana matlamat penubuhan UiTM mempunyai sejarahnya tersendiri dan salah satu daripadanya untuk membangun anak-anak Melayu ke arah kemajuan di segi sains, teknologi dan sebagainya. “Bermula daripada Rida, Institut Teknologi Mara (ITM) yang difokos kepada anak Melayu dan juga golongan bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk orang Asli dan sebagainya,” katanya.
Dr Asiah yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di UiTM berkata, ungkapan Tengku Adnan, “Anda dapat masuk universiti, kalau ‘slow learner’ (boleh) masuk ITM (UiTM).
Kadang kala kalau tak dapat markah (secukupnya), markah akan diturunkan agar anda boleh masuk universiti,” adalah satu pandangan yang amat melampau.
“Selama saya berkhidmat di UiTM, saya melihat di segi pasaran kerja, pelajar UiTM boleh dikategorikan sebagai orang utama diterima dalam pasaran pekerjaan,” katanya. Beliau yang juga Presiden Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) berkata, mereka juga belajar secara praktikal berbanding universiti lain.
“Di segi bahasanya, walaupun orang Melayu mereka mempunyai kebolehan di segi bahasa Inggeris, Mandrin, Jepun, Arab, Perancis dan sebagainya kerana bahasa tersebut diajar untuk memenuhi kehendak pasaran kerja.
Malah ramai bekas pelajar cemerlang UiTM memegang tampuk utama dalam sektor nasional dan syarikat besar di negara ini, “ katanya.
Beliau berkata, di segi pasaran kerja, contohnya anaknya sendiri yang belajar dalam Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, tamat sahaja belajar terus mendapat kerja walaupun belum habis tempoh praktikal.
Ini bermakna katanya, UiTM sebuah universiti yang membela dan membina kerjaya anakanak Melayu ini bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Dari situ kita lihat Tengku Adnan sangat melampau dan seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bercakap mengikut emosi tanpa melalui pengalaman dan sebagainya.
“Sedangkan seluruh kam pusnya boleh berada di pasaran kerja dan bidang kerjanya bukan terhad dengan kerajaan sahaja bahkan boleh berdikari sendiri kerana bidang yang diajar di UiTM mengikut keperluan semasa,” terangnya.
Beliau berkata, Tengku Adnan juga perlu tahu dalam menongkah arus akademik yang lebih ke hadap an, UiTM tidak melupakan Islam malah mewajibkan para pelajarnya mengambil subjek agama Islam.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.