https://critoxium.com/shop/

Terkini

Noh ‘ayam tambatan’ Umno Selangor

KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar menjadi ayam tambatan Umno Selangor dengan kedudukan beliau menerajui Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor II, Ir Mohd Haslin Hassan menegaskan sudah pasti kelebihan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan propaganda memburukkan kerajaan Selangor terutama dalam isu perumahan.

Menjelang pilihan raya umum katanya Umno meneruskan lakonan kononnya mereka pembela rakyat bandar terutama di kawasan rumah-rumah pangsa tetapi sebenarnya kebanyakan masalah dan kerosakan yang berlaku berpunca dari peninggalan kerajaan BN-Umno.

Beliau berkata, rakyat maklum banyak masalah telah diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sejak 2008 terutama berkaitan bekalan air, kerosakan lif, penyelengaraan kawasan dan lain-lain.

Bagaimana pun tegas beliau, Umno Selangor jadikan KPKT itu hanya untuk kepentingan propaganda parti dan mengelirukan rakyat.

“Rakyat Selangor semakin bijak menilai pemimpin yang mahu membantu rakyat malahan mereka sudah mengenali Exco Perumahan Negeri Selangor, Dato’ Iskandar A Samad yang diamanahkan PAS dan kerajaan negeri untuk menjaga hal ehwal perumah an dengan memperkenal ba nyak perubahan demi keselesaan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, sebenarnya sandiwara Umno Selangor semakin terserlah untuk menjadi pembela rakyat selepas melantik koordinatornya di setiap Dun yang tidak dimenanginya.




Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.