https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jentera Pilihan Raya,Mula Operasi Serta Merta

Oleh NAZIRAH NASRUN 

KUALA LUMPUR: Jentera Pilihan Raya PAS peringkat Pusat dan Negeri diseru agar terus berada dalam keadaan bersiap-sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut memohon agar semua peringkat jentera bersama bilik gerakan masing-masing memulakan operasi serta-merta.

“Dari pemerhatian saya yang turun bertemu de ngan jentera sama ada melalui program rasmi atau tinjauan secara “spot check” di beberapa negeri, menunjukkan masih ada lagi jentera di beberapa buah negeri tertentu yang masih berpusingpusing de ngan kaedah lama dan statik dalam menggerakkan tugas pilihan raya mereka, sehingga menyebabkan sasaran tidak dapat dicapai.” ujar beliau kepada Harakah baru-baru ini.

Pendekatan BPMS yang menjadi asas pendekatan PAS kata Dr Ahmad Samsuri sepatutnya mampu menggerakkan jentera PAS dengan lebih terarah sasarannya.

“Kesan positif dari pendekatan BPMS sememangnya dapat dilihat dengan jelas. Ianya bukan sahaja suatu pendekatan khusus, malah kaedah tepat untuk PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Rakyat sudah bosan dengan politik kasar dan kritikan tidak membina, apatah lagi ia tidak sedikit pun me nyelesaikan masalah yang di hadapi oleh rakyat.” jelas beliau.

Dr Ahmad Samsuri tidak menafikan bahawa suasana isu politik dan hala tuju negara, ekonomi, kos sara hidup, pasaran pekerjaan, masalah sosial, peningkatan sikap keras terhadap umat Islam adalah antara warna yang wujud menjelang PRU14.

Walau apa pun isunya kata beliau, PAS komited menjemput rakyat bersama dalam membantu PAS menerusi Gagasan Sejahtera bagi melaksanakan perubahan dan menyelamatkan negara serta rakyat dengan Islam.

Tambah beliau, komitmen ini dapat dilihat, parti manakah yang terus berge rak untuk bersama rak yat selepas berakhir sesuatu PRU tanpa mengira menang atau kalah.

“Ada parti yang menghilang; para pemimpin mereka umpama angin – entah ke mana sebaik sahaja PRU berakhir namun PAS tidak begitu,” tegas beliau.







Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.