https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hujung tahun yang menyakitkan rakyat

Alhamdulillah kita sudah masuk ke minggu kedua  Disember 2017 dengan pelbagai kisah suka duka sama ada dalam mendepani cabaran tekanan hidup yang semakin mencabar mahu pun kisah-kisah yang sedikit menyenangkan jiwa.

Rata-rata ibu bapa ketika ini sedang sibuk menghantar anak-anak ke temuduga sekolah sama ada Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau sebaliknya.

Bagi yang berjaya peluang besar di depan mata, namun perlu usaha gigih  rakyat kerana UPSR bukanlah penentu segalanya.

Bagi yang dapat keputusan biasa dan cukup makan, maka teruskan berusaha untuk mendapat keputusan lebih baik di hari mendatang.

Tidak semua kejayaan bermula dengan kejayaan, sebaliknya banyak kejayaan bermula dengan kegagalan dalam hidup.

Ketika tulisan ini dititip penulis sedang menyelesaikan urusan pengajian di peringkat sarjana doktor falsafah (PHD) dan insya- Allah jika diizinkan akan menyelesaikan semuanya dengan selamat.

Dalam menghadapi urusan hujung tahun setiap ibu bapa akan sibuk dengan persiapan anak-anak ke sekolah, dengan belanja yang bukan sedikit malah ditambah dengan kenaikan harga barangan di pasaran. Harga minyak menyumbang kenaikan pelbagai jenis barangan di pasaran. Sementara GST pula beban panjang yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia.

Pastinya ada ibu bapa yang sudah mula kering poket sebelum buka sekolah selepas menyiapkan kelengkapan sekolah anak. Tidak kurang yang terpaksa meminjam sana sini demi menyiapkan kelengkapan anak sekolah.

Lebih seksa bagi mereka yang mungkin berdepan pemberhentian kerja tidak kurang mereka yang berdepan masalah gaji lambat dan dipotong kerana masalah pelbagai dalam bekerja. Mutakhir ini semakin ramai yang sakit, murung dan stress kerana beban ekonomi masalah pendapatan dan kos sara hidup tinggi.

Maka yang ada hanyalah sebuah harapan agar negara kembali ke landasan sebenar yang menitikberatkan kebajikan rakyat dan bukannya menjadikan rakyat mangsa menerima beban panjang.
Tahun depan pastinya PRU14 akan berlangsung sekitar Mac atau lebih awal.

Maka bagi rakyat yang sudah jemu dengan kecelakaan yang dilakukan kerajaan Umno-BN mereka akan membuat keputusan berani mengubah kerajaan yang ada hari ini kepada kerajaan yang lebih berintegriti. Maka tiada lain pilihan harus dibuat dengan kali ini PAS bersama Gagasan Sejahtera adalah pilihan terbaik.

Maka ubahlah demi melihat masa depan negara lebih baik. Salam dari kejauhan demi sebuah perubahan...-editorial harakah










Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.