https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kemunafikan Politik Najib Razak

DEPAN CINA MCA CAKAP LAIN,DEPAN MELAYU UMNO CAKAP LAIN

1. Ucapan dasar Presiden Umno Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2017
 menyerlahkan Najib Razak dan Umno kehabisan modal bagi menarik sokongan undi rakyat terutamanya Melayu untuk Umno/Bn pada Pru14 akan datang.

Ucapan Najib Razak sekadar mengulagi ucapan sebelum ini sejak dua tiga tahun yang lalu atas isu menakutkan Melayu akan akibat Umno kehilangan kuasa politik pada Pru14 dengan menjadikan DAP umpama hantu yang mengusik di malam hari untuk menakutkan melayu.

2. Ucapan Najib berbaur politik perkauman yang sempit dan bertujuan menimbulkan kebencian antara kaum hanya untuk meraih sokongan undi pada Pru14 nanti.

 Najib Razak hanya mampu mengumpan dengan mendengdangkan Islam,melayu dan Raja-Raja Melayu sebagai perisai untuk mempertahankan kuasa politik yang penuh dengan kejahatan jenayah rompakan,penipuan,salahguna kuasa,rasuah dan penindasan keatas negara dan rakyat.

3. Najib Razak masih bercakap apa akan jadi pada institusi kepentingan bumiputera dan melayu seperti MARA,Felda dan Tabung Haji andainya Umno/Bn hilang kuasa.

Pada hal institusi-institusi ini sedang diganggu gugat oleh kuasa politik Melayu Umno yang memerintah dengan rompakan terancang atas nama perniagaan dan pelaburan yang terselit dengan penipuan yang membodohkan bangsa Melayu dan Umat Islam sehingga dunia luar menggelar sebagai kleptokrat paling teruk.

Najib Razak tidak perlu malu dan takut untuk menyebut apa akan jadi pada 1MDB jika Umno hilang kuasa.Sudah tentu ke penjara.Terang terangan 1MDB dirompak oleh MO1.

Lupakah Najib Razak, Umno/Bn yang merampas kuasa yang di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu dengan Akta Majlis Keselamatan Negara.

4. Dalam Perhimpunan Agung MCA, Najib Razak menagih undi dari bangsa Cina dengan menyakinkan  DAP tak dapat memerintah negara walaupun DAP menang lebih besar dari Pru13 atau memenangi kesemua kerusi yang ditandingi.Najib Razak minta masyarakat Tionghua bersama BN.

Perhimpunan Agung Umno 2017 menjadi medan untuk Najib Razak menyebarkan 'fahaman khurafat' bagi takutkan Melayu kononnya  apabila Umno/Bn tidak lagi berkuasa maka hilanglah kuasa politik Melayu dan Malaysia dikuasai oleh Cina DAP.

Lalu Najib Razak merayu dengan linangan air mata meminta Melayu pertahankan UmnoBn pada Pru14. Inilah kejahatan serta kemunafikan politik sempit Najib Razak dan Umno yang perlu disedari oleh rakyat Malaysia. Rakyat sudah bijak menilai rentak tari Najib Razak yang tempang apabila bersikap dengan Cina MCA cakap lain dan depan Melayu Umno cakap lain.

5. Wajah kerisauan Najib Razak dan pemimpin Umno yang takut akan kehilangan kuasa politik dan peralihan kuasa politik kepada Pakatan Harapan (PH) atas nama kuasa rakyat jelas terpancar.Maka hilanglah kedudukan,pangkat dan peluang merompak harta khazanah kekayaan negara milik rakyat Malaysia serta ketakutan mereka untuk berdepan dengan 'mahkamah rakyat' pada Pru14 nanti disusuli dengan mahkamah perundangan seterusnya titik akhir Kleptokrat yang paling teruk ini di penjara.

Saya yakin dengan terserlahnya kemunafikan politik sempit Najib Razak dan Umno akan menguatkan lagi semangat rakyat untuk menolak UmnoBn dan memilih Pakatan Harapan pada Pru14 akan datang.

#RakyatHakimNegara
#TolakKemunafikanPolitik
#TolakPolitikPerkauman
#KuasaRakyatKuasaKeramat
#SelamatkanMalaysia.
#BinaSemulaNegara

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.