https://critoxium.com/shop/

Terkini

RM6 juta setahun untuk ahli parlimen BN

Oleh USTAZ IDRIS AHMAD

 SAYA ingat RM1 juta sahaja setahun peruntukan pembangunaN kepada ahIi parlimen (MP) BN, rupa-rupanya RM6 juta. Banyaknya. Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang yang respons terhadap tulisan saya sebelum ini. Terima kasih atas makluman yang berguna untuk penduduk Parlimen Bukit Gantang. Kalau wang RM6 juta setahun yang tidak diberi kepada saya selaku ahli parlimen. Siapa pula yang dapat RM6 juta setahun itu. Orang Bukit Gantang boleh tahu kot. Adakah wang itu beku begitu sahaja di Kementerian Kewangan? Kesianlah penduduk Bukit Gantang.

Saya cukup suka kalau RM6 juta setahun ini dimanfaatkan untuk penduduk Bukit Gantang, tanpa mengira apa ideologi politik. Cukup seronok kalau penduduk Bukit Gantang senang. Malangnya masih banyak yang tertinggal dan terpinggir. Masih tidak ada rumah dan tanah. Ada yang lebih 40 tahun setinggan di tanah rezab jalan dan sungai di Kampung Sungai Limau Jalan Trong. Sempit sangatkah tanah di dalam Parlimen Bukit Gantang? Sampai tidak boleh beri tapak rumah kepada yang tidak bertanah.

Saya selaku ahli parlimen tidak dijemput sebagai Ahli Jawatankuasa Tanah. Tidak kisahlah, kerana saya Ahli Parlimen PAS. Persoalan yang timbul wakil daripada Umno/BN, kenapa tidak selesai masalah ini di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah.

Saya selaku Ahli Parlimen PAS yang tidak ada peruntukan kerajaan sedikit sebanyak boleh bantu dengan wang sendiri, ahli keluarga, dan ahli PAS. Hendak buat projek berjuta tak mampulah. Tapi setiap tahun sumbangan hari raya kita dapat bantu lebih 600 orang miskin, anak yatim, OKU, tanpa mengira apa ideologi politik. Setiap orang dapat RM100.

Tahun lepas kita bagi 2,500 beg sekolah kepada pelajar miskin sekolah rendah dan menengah termasuk Cina dan India. Itulah sekadar yang boleh kita beri selaku Ahli Parlimen PAS yang tidak memerintah di negeri dan pusat.

Insya Allah tahun ini kita akan teruskan beri beg sekolah seperti tahun lepas. Saya tidak ada peruntukan RM6 juta. Tetapi insya Allah saya beri tanda ingat dan kasih kepada orang yang susah. Saya tidak pernah paksa untuk sokong saya. Terpulang kepada mereka. Ada sedikit lebihan rezeki itu adalah hak mereka.

Ahli Parlimen Bukit Gantang

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.