Dr M: Kerajaan PH jamin pulih demokrasi, yakin tawan Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan kepada
rakyat bahawa sistem demokrasi yang dicalarkan oleh kerajaan terdahulu
akan dipulihkan kembali bagi memberikan keyakinan semula kepada mereka.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prinsip kerajaan PH menuju ke arah itu untuk mengasingkan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, bukannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan terdahulu.
“Kita (kerajaan) akan hormati pemisahan kuasa antara ketiga-tiga itu, bukannya seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu yang tidak berbuat demikian sehingga bebas daripada segala undang-undang,” katanya.
“Kuasa yang akhirnya akan menentukan adalah kuasa kehakiman yang bebas pengaruh pihak tertentu yang dahulunya mereka tidak dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama kepimpinan PH Kelantan, di sini, hari ini.
Lebih 1,000 pemimpin PH hadir pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, perdana menteri yakin PH akan berjaya menawan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan kepada sambutan rakyat negeri ini terhadap kerajaan kini.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada kerajaan PH demi negara agar tidak berulang kecurangan yang berlaku seperti sebelum ini.
Beliau berkata, erti sebenar demokrasi adalah memberikan kebebasan sebenar kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan dan ia terbukti pada pilihan raya umum Ke-14 lalu apabila rakyat memilih kerajaan yang baru.
Selain itu Dr Mahathir berkata, kerajaan juga berjanji untuk terus mengabdikan diri kepada rakyat dan berharap segala usaha ke arah kebaikan akan berhasil.
Beliau percaya keikhlasan kerajaan untuk berbakti kepada rakyat akan dinilai dengan sebaik mungkin.
Mengenai janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan, Dr Mahathir yakin rakyat dapat memahami keadaan sebenar apabila kerajaan kini terpaksa berjimat cermat dalam soal kewangan berikutan hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.