https://critoxium.com/shop/

Terkini

Strategi Adalah Rahsia


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) INVOKE mencula 7000+ pengundi secara random melalui kaedah menelefon pengundi dalam minggu pertama setiap bulan. Hasilnya PH didapati menang dan akan menggantikan BN memerintah Malaysia.

2) BN mencula menggunakan pelbagai agensi kerajaan dan NGO mereka selain jentera parti. Data yang mereka dapat MUNGKIN agak menepati kajian INVOKE (yakni pertambahan sokongan) antara sebab mereka melengahkan pembubaran parlimen.

3) Intel PAS membuat culaan untuk setiap DUN melalui kaedah risikan secara berkala dan data culaan setiap cawangan dikumpul dan dibuat statistik. Datanya tidak didedahkan kepada umum samada boleh menang ataupun tidak, kerana mereka berprinsip 'strategi adalah rahsia'. Daripada tindak tanduk jentera PAS, kelihatan mereka yakin dengan strategi mereka, sedangkan ada penganalisis politik pernah meluahkan kekecewaan kerana 'strategi PAS tidak dapat dibaca'.

4) PH juga seakan menyembunyikan strategi mereka. Mereka membiarkan INVOKE buat kerja sebagai perang saraf kepada seteru politik mereka. Strategi yang didedah bukanlah strategi, hanya sekadar cubaan mengelirukan musuh secara permainan persepsi.
Selamat berhibur.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.