https://critoxium.com/shop/

Terkini

7 Cara Nak Bantu Palestin


Oleh: Tarbiah Sentap

Mungkin ramai tertanya-tanya, apa yang kita mampu buat untuk bantu saudara kita di palestin? Apakah perkara yang paling utama? Demonstrasi? Kutuk israel dan amerika? Maki hamun pemimpin?

Di sini kami cadangkan 7 perkara yang PALING UTAMA kita perlu buat.

1) JAGA SOLAT 5 WAKTU.

Seperti yang kita tahu, nabi saw bersabda di dalam hadith yang sohih bahawa solat adalah tiang agama.

Bermakna, kalau kita MENINGGALKAN SOLAT, kitalah yang meruntuhkan agama kita sendiri. Kita marah-marah bila musuh rosakkan kita. Tapi kita lupa, yang meruntuhkan agama kita bukan sahaja musuh, tapi diri kita sendiri andai kita meninggalkan solat.

Nak islam bangkit? Nak tegakkan islam? Tegakkan tiang agama iaitu solat. InsyaAllah Allah akan berikan bantuan.

2) DOA

Dalam hadith yang sohih juga ada menyebut bahawa doa adalah senjata orang beriman. Jangan putus-asa dalam berdoa. Doa dengan sungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi di waktu mustajab.

Antara waktu terbaik untuk kita berdoa adalah selepas waktu solat, ketika qiamullail, sebelum buka puasa(jika yang berpuasa sunat) dan sebagainya. Pokoknya, doa sungguh-sungguh!

3) DERMA
Carilah mana-mana badan NGO yang menguruskan bantuan kepada Palestin. Antaranya ialah Aman Palestin, Aqsa Syarif dan sebagainya.

Biar sikit asalka ikhlas. Mana tahu dengan bantuan kita yang sedikit tu dapat meringankan beban mereka insyaAllah.

4) AMBIL PEDULI.

Dalam hadith yang sohih juga ada di sebutkan, siapa yang tidak ambil peduli tentang urusan umat islam, mereka bukan di kalangan umat nabi. Bermakna, nabi tak mengaku umat kalau kita buat tak tahu je dengan keadaan umat.

Maka, ambil peduli, CAKNA. Banyakkan pembacaan tentang isu ini, baca berita, share, sebarkan pada kawan-kawan agar semua orang cakna isu umat ini.

5) BOIKOT.

Kita sama-sama usaha apa yang termampu untuk boikot produk yang secara jelas membantu ekonomi israel. Tak mampu boikot semua, boikot sahaja apa yang termampu.

6) DAKWAH.

Dalam satu hadith ada menyebutkan bahawa kalau kita meninggalkan dakwah, Allah takkan kabulkan doa kita dan takkan hantar pertolongan buat kita. MAKA, kalau nak Allah bantu umat islam, laksanakanlah dakwah. Ajak manusia buat baik dan cegah manusia dari melakukan dosa.

Gunakan segala kepakaran, bakat dan kelebihan yang ada untuk dakwah. Pandai tulis? Tulis untuk dakwah. Pandai menyanyi? Nyanyi lagu dakwah. Pandai berlakon? Berlakon cerita dakwah? Pandai lukis? Lukis untuk dakwah. Guna segala kepakaran yang ada untuk amar makruf nahi mungkar.

7) BERSATU.

Tolonglah ketepikan hal politik dalam hal ni. Tak payah nak kecam parti ni parti tu, pemimpin ni pemimpin tu. Saat ini bersatulah dan jangan gaduh, jangan caci mencaci.

Kerana ada hadith menyebut bahawa andai umat islam caci mencaci sesama sendiri, Allah akan cabut kehebatan islam di mata musuh. Bermakna, kalau kita gaduh, musuh takkan gentar pada kita.
Wallahua'lam.

Moga usaha kita ni dapat pahala. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Yang pasti, SOLAT JANGAN TINGGAL.

Moga Allah beri bantuan pada saudara kita di Palestin!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.