Harakah: Bahtera yang akan terus meredah ombak
Oleh DR AZMAN IBRAHIM
HUTANG Harakah bertimbun ketika Kumpulan 18 yang tewas dalam pemilihan 2015 menguasai Harakah.
Sekarang mereka berlagak suci dengan mencanangkan Harakah sedang tenat
padahal bukan mereka tak tahu bahawa ini semua adalah hasil peninggalan
tangan-tangan mereka.
Pengurusan baru sedang berusaha sehabis daya untuk menyusun semula Harakah dan menjelaskan hutang lapuk. Dengan izin Allah, Harakah akan terus terbit dua kali seminggu. Tugas kita sebagai ahli ialah melaksanakan arahan 3B. Beli, Baca dan Beri.
Bekas-bekas staf yang dulu makan di Harakah, kini menebuk lubang bahtera Harakah dari luar dibantu seorang dua yang masih berbaki di dalam.
Jangan tebuk lubang kerana nakhoda kapal kadang kadang boleh pakai
dayung atau sauh untuk libas tukang tebuk sampai keluar dari kapal
supaya kapal boleh selamat dan terus belayar.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.