https://critoxium.com/shop/

Terkini

DAP mahu segerakan reformasi lepas gagal di PRN Sabah


DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berdasarkan keputusan yang terzahir di Sabah hujung minggu lalu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) parti itu sudah membincangkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) dan mereka menerima isyarat yang jelas daripada para pengundi.

Katanya pemimpin dan jentera kempen DAP semasa PRN Sabah menyedari wujud rasa tidak puas hati meluas dalam kalangan rakyat.

“Berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, kami akan mengumpulkan semua maklum balas dan berusaha bersama perdana menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRN Sabah yang berlangsung pada 29 Nov lalu menyaksikan prestasi buruk PH – khususnya DAP – apabila parti itu gagal memberikan kesan signifikan. DAP yang biasanya berpengaruh di kawasan bandar utama gagal memenangi semua lapan kerusi yang ditandinginya.

PKR sendiri hanya memenangi satu daripada 10 kerusi yang ditandinginya.

PRN Sabah juga menyaksikan majoriti pengundi negeri itu memilih untuk memenangkan parti negeri berbanding gabungan bersifat nasional seperti PH dan BN.

Walaupun gagal mencatat prestasi yang membanggakan dalam PRN lalu, Loke berkata, DAP akan terus memberikan khidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan pada masa sama cuba mengembalikan keyakinan masyarakat kepada parti terbabit.

“Dalam mesyuarat malam tadi, DAP Sabah turut membentangkan keputusan kepada CEC bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah, termasuk sebagai jawatan Adun lantikan,” katanya.~Mkini

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.