Tiada perpaduan nasional dalam janji Pakatan
Oleh Dr. Chandra Muzaffar
KETIKA Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hampir, dan parti-parti politik sedaya upaya cuba meraih undi, rakyat Malaysia harus memberi perhatian yang serius pada manifesto mereka, kepada pemimpin politiknya, prestasi mereka sekarang dan sebelum ini, serta isu-isu dan kebimbangan yang mempengaruhi milieau politik tatkala mereka bersedia membuat beberapa keputusan kritikal tentang masa depan.
Pakatan Harapan (PH), gabungan empat parti politik – PKR, Bersatu, DAP, dan Amanah – mengumumkan manifestonya pada 7 Januari lalu.
Walaupun janji 13 perkara itu mengandungi perkara-perkara yang terpuji, ia senyap terhadap satu cabaran paling utama yang sering dihadapi oleh negara – cabaran menggalakkan perpaduan dalam masyarakat berbilang agama dan budaya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, cabaran ini makin ketara dengan merosotnya interaksi sosial antara rakyat pelbagai etnik terutamanya di Semenanjung Malaysia. Ini diburukkan lagi dengan sikap eksklusif yang makin meluas yang ditonjolkan oleh kumpulan kecil dalam seluruh masyarakat yang memberikan kesan besar kepada jalinan sosial sedia ada.
Sikap eksklusif ini datang dalam banyak bentuk. Antaranya telatah sesetengah kumpulan yang lantang mendakwa kononnya bercakap bagi pihak Islam sedangkan hakikatnya ucapan dan tindakan mereka meremehkan inti pati sejagat agama itu dan meminggirkan kelompok besar rakyat bukan Muslim, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Mereka malah berhujah kerana Islam agama rasmi Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Artikel 3 Perlembagaan Malaysia, undang-undang Syariah sepatutnya mengatasi undang-undang sedia ada dan tafsiran mereka tentang ajaran Islam harus diterima tanpa banyak soal.
Selain mendukung Perlembagaan, manifesto PH tidak mengambil pendirian yang jelas terhadap tafsiran sempit agama atau sikap autoriti beragama.
Atas hujah yang sama, manifesto itu tampaknya seperti tidak menghiraukan ancaman pemikiran cauvinis yang kurang menghargai peranan Bahasa Melayu sebagai pengantar interaksi antara etnik yang lebih berkesan atau kedudukan Raja-Raja Melayu dalam memandu arah watak dan identiti negara.
Dalam soal ini, PH malah tidak memperakui dokumen yang dikemukakan oleh Yang Di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi penyatuan negara dan alat pembinaan bangsa.
Hanya baru-baru ini saja, pada 10 Oktober 2017, Majlis Raja-Raja menggesa semua pihak – pemimpin, pentadbir dan rakyat keseluruhannya – untuk mendukung lima matlamat dan lima prinsip Rukunegara. Adalah signifikan apabila Raja-Raja menyifatkan Rukunegara sebagai "kompas pedoman" negara.
Ketika semakin kuat kecenderungan ke arah pecah belah, kompas pedoman yang menggariskan matlamat dan prinsip yang inklusif jadi kian mustahak. Raja-Raja sedar hakikat ini dan kerana itu mereka menegaskan semula komitmen terhadap keseluruhan Rukunegara beberapa bulan lalu.
Setidak-tidaknya yang boleh dilakukan oleh parti politik seperti parti komponen Pakatan Harapa
n ialah mengangkat seruan Majlis Raja-Raja itu.
Sekiranya PH memberi penekanan pada Rukunegara yang matlamat pertamanya perpaduan nasional, ia tidak hanya akan menunjukkan keseriusan dan kejujurannya terhadap satu daripada cabaran utama Malaysia. Ia juga akan menunjukkan bahawa ia jelas tentang hala tuju yang perlu diambil oleh rakyat.
Ia adalah satu pernyataan yang jelas tentang matlamat nasional yang dituntut oleh rakyat dan part-parti politik harus memenuhi impian itu sekiranya mereka berhasrat mahu memberikan harapan kepada rakyat.
* Dr. Chandra Muzaffar adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.