DAP 'mengarutlah'-Ustaz Fauzi
BAYAN BARU: PAS Pulau Pinang menyifatkan DAP parti
'mengarut' dan tidak boleh diharapkan rakyat berikutan dasar yang
diputuskan selama ini bertentangan dengan manifesto dibentang semasa
PRU13 lalu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinanh,
Ustaz Muhammad Fauzi Yusof, beberapa tindakan dibuat tidak dibincangkan
bersama rakan dalam Pakatan Rakyat selepas PRU13 termasuklah dalam hal
pembangunan.
"Jadi, hubungan kita dengan DAP ini
dalam Pakatan Rakyatlah. PRU13 yang dulu ini, dengan kita sama-sama
dengan Pakatan Rakyat. PAS, DAP, PKR dalam Pakatan Rakyat. Selepas
daripada PRU13, kita masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Tapi kita tengok lepas penggal yang
kedua ini, selepas daripada PRU13 ini, dah mula kita nampak DAP ini dan
juga PKR ini dah mula mengarutlah. Dan mesyuarat Pakatan Rakyat pun dah
mula tak mahu buat dah," kata beliau menyimpul kemas isu hubungan PAS
dalam Pakatan Rakyat empat tahun lalu.
Setelah itu hurainya, hubungan putus
angkara kebiadaban DAP mempertikai dasar Islam PAS selain banyak
menghina hukum hakam Islam.
Malah kata beliau, beberapa tindakan
DAP di Pulau Pinang ini bertentangan dengan manifesto yang dirangka
khasnya dalam hal pembangunan, tanah dan alam sekitar.
Paling menyedihkan suaranya,
pengusiran 'paksa' berlaku ke atas penduduk kampung di dalam pulau
bilamana Kerajaan DAP membawa masuk pemaju untuk membangunkan perumahan.
Menurut beliau, sebelum daripada
PRU13, beberapa pertemuan dengan Majlis Pakatan Rakyat telah diadakan,
namun selepas PRU13 semakin tiada pertemuan yang menyebabkan DAP tidak
lagi menghormati keputusan bersama.
"Dan kita lihat ada beberapa
perkaralah. Isu tanah, kita bagi beberapa kali memorandum. Semasa
Pesuruhjaya Ustaz Salleh Man, kemudian Mohamad Sabu.
"Semuanya tidak berhasil hingga
Iszuree Ibrahim membangkitkan di Muktamar PAS semasa di Johor, akhirnya
Iszuree dipecat dari Ahli Majlis (MBPP).
"Jadi apa maknanya kalau kita makna
sebahagian daripada kerajaan, kita tak boleh menyuarakan hal-hal yang
ataupun perkara-perkara yang menjadi kesulitan khususnya orang Melayu
rakyat Negeri Pulau Pinang ini?" soal Ustaz Fauzi.-H/Daily





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.