Muktamad! PAS tanding lebih 130 parlimen
KEPALA BATAS: PAS muktamad akan
bertanding lebih 130 kerusi Parlimen dengan turut mengambil kira
kewajaran serta kekuatan sebahagian besar kawasan pada Pilihan Raya Umum
(PRU) Ke-14 nanti.
Malah, PAS akan menampilkan lebih ramai calon muka baru dan muda
yang juga terdiri daripada calon bukan Islam dan wanita dari blok ketiga
Gagasan Sejahtera, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan puluhan NGO.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata
calon-calon tersebut telah mendapat kelulusan melalui Majlis Syura
Ulamak pada tiga minggu lalu.
Ujarnya pada sidang media Program Dialog Presiden Bersama NGO India
di Hotel Sri Malaysia di sini hari ini, PAS akan tetap bertanding di
mana sahaja BN, Umno dan DAP bertanding.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.