Seruan menangkan PAS di Perak
SEMALAM Bandar Meru Raya Ipoh menjadi saksi lautan
manusia memenuhi Himpunan Perak Istiqamah. Jumlah kehadiran melebihi
sasaran yang ditetapkan. Himpunan ini membuktikan komitmen padu tanpa
berbelah bahagi dari pendokong dan penyokong PAS di Negeri Perak .
Saya ingin mengambil ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada PAS negeri Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menjadi pengarah kepada himpunan ini.
Kepada Dewan Pemuda, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, PAS
kawasan-kawasan dan seluruh platform yang berada di bawah PAS, terima
kasih atas komitmen tinggi yang diberikan bagi menjayakan program ini.
Buat seluruh jawatankuasa dan petugas HIMMAH12K, kalian adalah yang
terbaik kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan himpunan berskala
besar ini.
Untuk makluman, permohonan keahlian baru PAS yang didaftarkan
semasa himpunan semalam juga di luar jangkaan. Alhamdulillah, jumlah
kutipan sumbangan dari seluruh hadirin sebanyak RM RM32,680.96
InshaAllah ikrar menuju kemenangan PAS Perak yang dilafazkan malam
tadi di hadapan Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS) membuktikan
komitmen, kejituan dan kesungguhan kita memenangkan PAS Perak di semua
kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang ditandingi dalam PRU 14 ini.
HAFEZ SABRI
Pengarah HIMMAH12K





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.