https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bersih: SPR, Najib jangan ‘terburu-buru’ lulus peta pilihan raya baharu

PETALING JAYA: Bersih 2.0 memberi amaran tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada perdana menteri adalah tidak sah.

Ini kerana, kata kumpulan pemantau pilihan raya itu, kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya itu, termasuk untuk Selangor, belum selesai.

Katanya, SPR hanya memaklumkan dan mengadakan inkuiri tempatan bagi kira-kira 50 kumpulan, walaupun lebih 250 bantahan dikemukakan pengundi di Selangor, bulan lalu.

Kumpulan itu berkata, SPR gagal memaklumkan status untuk 200 bantahan dan inkuiri lain.
“Sebaliknya, pengerusi SPR secara helah membuat ulasan baru-baru ini yang inkuiri tempatan ke-2 masih berterusan, dan kenyataan sama juga dibuat beberapa peguam kanan persekutuan kepada Mahkamah Rayuan dalam kes Selangor pada 2 Mac 2018.”

“SPR kini merendahkan martabat kerana pengumuman kajian semula persempadanan semula selesai secara berkesan bermakna mereka kini menafikan hak paling minimum lebih 20,000 pembantah didengari atas isu persempadanan semula, seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.”

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata, urusan kajian semula itu selesai sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 113 (10) Perlembagaan Persekutuan dan laporan akhir diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi, Bersih berkata, SPR terburu-buru dalam proses itu.

“Adalah jelas SPR dan perdana menteri bertekad untuk membolehkan persempadanan semula baharu itu diluluskan sebelum pilihan raya umum ke-14.

“Kini, laporan akhir dalam tangan perdana menteri, beliau mempunyai kuasa tiada had di bawah Seksyen 9, Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan untuk membuat sebarang perubahan yang difikirkan perlu sebelum membentangkannya di Parlimen.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.