Siapa 274 anggota tentera kita yang maha kaya?
Oleh Arif Atan
Balik daripada perbincangan tentang program pelancaran buku terbaharu Ahmad Lutfi Othman di Jalan Kampung Pandan, saja ronda sekejap sekitar Jalan U-Thant.
Kawasan yang umum dikenali dengan lot-lot bangunan kedutaan ini sudah dan sedang rancak dengan banyak projek rumah mewah yang tentu sekali jenis bertingkat. Banyak juga banglo lama termasuk yang nampaknya terbiar dipanjat tumbuhan liar.

Tersergam juga lima blok apartmen Kompleks Kediaman Awam Jalan U Thant.
Apabila disemak sudah mula diduduki sejak tahun 2006 lagi. Untunglah
kakitangan kerajaan dapat menghuni di tengah Kuala Lumpur.
Tapi gugusan rumah kira-kira 360 unit itu dibina bukan pada zaman Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Lot-lot lain yang sedang gila-gila dibangunkan projek berkepadatan tinggi pada zaman meletupnya skandal 1MDB dan jenayah kleptokrasi sekarang lebih banyak memihak kepada golongan maha kaya.
Lokasi yang asalnya mempunyai kepadatan penduduk 10 orang seekar mahu digandakan lapan kali ganda menjadi 80 orang seekar!
Agak terkejut tanah yang milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pun sudah ada cadangan mahu dibina pangsapuri mewah. Bukan sikit tapi 4 blok dengan kesemuanya berjumlah 274 unit!
Ramaikah anggota tentera mampu memiliki kediaman di situ nanti?
Tak jauh dari situ juga terdapat lagi banyak lot sedang diempang sekat di sana sini antaranya terpampang nama syarikat 'Yong Tai'di Lot 169 dan 170.
Projek yang diluluskan pada 18 September 2017 itu juga mahu membina pangsapuri mewah dengan kesemuanya berjumlah 108 unit. Datuk Bandar dan Menteri ni pejam mata luluskan apa saja projekkah?
Bank Negara Malaysia (BNM) sudah pun keluarkan laporan tentang banyak unit kediamaan mewah di Kuala Lumpur akhirnya kosong tidak berpenghuni.
Adakah angka rumah mewah 'hantu' lantaran terbiar kosong akan terus bertambah?
Atau kalau berpenghuni pun nanti, tiada mekanisme kawalankah oleh kerajaan Malaysia untuk warga asing memiliki hartanah di tanah air kita ini?

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.