DAP nak buang penjawat awam andai berkuasa?
Oleh HUZIR SULAIMAN
TERKEJUT juga bila membaca artikel yang diterbitkan MalaysiaKini semalam bahawa DAP mahu melindungi hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam yang dilaporkan sedang diberi tekanan politik menjelang PRU ini.
Walaupun sikap mahu melindungi hak demokrasi ke atas seluruh Rakyat Malaysia khususnya penjawat awam sudah lama diangkat PAS dan Gagasan Sejahtera. Saya ingin mempertikaikan keikhlasan DAP khususnya dalam soal ini selepas Ketua Publisiti DAP pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2016 yang lalu sanggup menggelarkan penjawat awam sebagai ‘berat mati’ yang perlu ditanggung kerajaan.
Malah kenyataan Tony Pua yang dipetik TheEdgeMarket pada tahun yang sama ("Pua: Budget 2017 shows government running out of money") dengan jelas menzahirkan sikap pemimpin DAP itu terhadap penjawat awam apabila mempertikaikan kenaikan bayaran emolumen dan bayaran pencen terhadap kumpulan pekerja itu.
Malah sikap dan pendirian Ketua Publisiti DAP itu juga pernah dikongsi Setiausaha Agong DAP pada Mei 2007 ketika berucap di forum “Civil Service Excellence: Quality Vs Quantity" (Kecemerlangan Perkhidmatan Awam: Kualiti atau Kuantiti) di dewan perhimpunan yang sama apabila mempertikaikan kenaikan jumlah kakitangan penjawat awam, kenaikan bayaran gaji dan kenaikan bayaran pencen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010).
Apakah nasib 80 peratus penjawat awam dari Komuniti Melayu Islam, 10 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 10 peratus Komuniti Cina dan India agaknya jika DAP dan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa selepas PRU Ke-14 nanti? Belum mengambil kira jumlah penganggur yang dianggarkan mencecah 520 ribu orang (3.4 peratus) dari jumlah 14.83 juta tenaga kerja yang sedang berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi untuk diri mereka dan keluarga. Jika langkah pengurangan penjawat awam ini terus dilakukan, sudah tentu semakin sempitlah peluang buat golongan ini untuk berkhidmat di sektor awam.
Bukankah DAP adalah parti paling berpengaruh dalam gabungan Pakatan Harapan memandangkan jumlah majoriti kerusi Parlimen yang mereka kuasai? Jika keadaan ini terus kekal selepas PRU Ke-14 nanti, saya yakin DAP sangat upaya untuk mempengaruhi dasar dan hala tuju kerajaan baru itu khususnya terhadap penjawat awam jika mereka berjaya menguasai Putrajaya selepas ini. Sama-sama kita fikirkan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.