Manifesto HARAPAN tak logik, lapuk
Oleh Khairul Azwan Harun
Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) hanya membuang masa. HARAPAN masih tidak berubah dengan hanya menjual janji manis selain meniru inisiatif yang telah dijalankan kerajaan BN.
Menerusi Buku Harapan, mereka menawarkan terlalu banyak janji yang tidak logik.
Misalnya mereka menawarkan siaran percuma untuk semua liga sukan utama dunia termasuk Liga Perdana Inggeris. Ia adalah keterlaluan kerana kos penyiaran terlalu tinggi dan tidak membawa manfaat yang setimpal.
Ketika kerajaan berusaha menaik taraf sukan negara ke peringkat dunia, HARAPAN mahu membiarkan rakyat menjadi penonton di televisyen sahaja.
Cadangan HARAPAN menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan juga tidak munasabah.
Buku Harapan mengandungi idea-idea lapuk.
Ia dapat dilihat dalam cadangan mereka mengembalikan subsidi minyak. Berbeza dengan cadangan itu, kerajaan kini sedang bekerja keras untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Di masa depan kita hanya akan menggunakan sumber tenaga hijau dan yang boleh diperbaharui.
Jerman dan China sedang menuju ke arah itu. Candangan HARAPAN akan memabwa kita berundur sepuluh tahun ke belakang.
HARAPAN juga ingin menghapuskan GST yang akan mengurangkan pendapatan kerajaan di saat negara sedang mempelbagaikan sumber pendapatan.
Selagi HARAPAN tidak mampu memberikan alternatif kepada GST, manifesto mereka hanyalah harapan palsu.
Kerajaan sudah buat
Pakatan Harapan menyenaraikan lima iltizam di dalam Buku Harapan. Mereka berjanji menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan belia dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500.
Kerajaan sudah pun mendahului langkah ini dengan skim latihan untuk belia belia melalui pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dengan bayaran elaun RM2,000.
Selain itu mereka berjanji akan menyediakan sejuta peluang pekerjaan. Apakah langkah yang akan diambil untuk menunaikannya?
HARAPAN juga mahu membina sejuta rumah mampu milik di seluruh negara dan menyediakan kemudahan pinjaman untuk pemilik rumah pertama.
Inisiatif ini sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BM melalui Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan skim MyDepost.
Apa yang lebih meragukan adalah janji untuk menaikkan gaji minima sehingga RM1500. Walaupun ia kelihatan indah atas kertas, kesannya terhadap pertumbuhan jangka panjang amat memudaratkan.
Syarikat startup dan industri kecil dan sederhana tidak mampu menampung penambahan kos gaji setinggi itu. Tambahan pula pekerja yang sedia berpendapatan RM1500 pada masa ini akan turut menuntut kenaikan.
Peningkatan kadar gaji minima akan menyebabkan banyak syarikat terkesan dengan kos gaji dan operasi yang terlampau tinggi.
Maka syarikat start up dari luar negara tidak akan lagi memandang Malaysia sebagai hub ekonomi yang kompetitif.
Harapan palsu
Sekali lagi saya ingin mengingatkan manifesto HARAPAN pastinya gagal membawa negara ke arah ekonomi hijau dan lestari.
Kerajaan BN bukan sekadar akan membina taman rekreasi, tetapi sentiasa menanam mentaliti hijau yang mengamalkan kitar semula.
Belia dididik bahawa setiap perbuatan dan tindakan mempunyai kesan jangka panjang. Ini lah maksudnya untuk hidup di dalam ekonomi yang berkongsi.
Marilah kita berdiri teguh dan tidak terpedaya dengan janji manis Pakatan Harapan.
Janganlah kita terpedaya dengan tipu helah mereka yang sebenarnya bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya untuk mendapatkan kuasa dan mencapai agenda peribadi masing-masing.
Manifesto Pakatan Rakyat tidak realistik dan janji manis semata-mata. Ia hanyalah harapan palsu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.