JAM Kedah bantu operasi pembersihan puting beliung
Oleh ZAIDEE AL-NOURY
BALING: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Baling telah melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan dalam usaha membantu penduduk yang ditimpa puting beliung di daerah itu dalam operasi pagi tadi.
Usaha dipimpin Timbalan Pengarah II Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah, Mohd Aziz Kassim itu bersama kekuatan 15 anggota Kawasan Baling menyertai penduduk kampung dan agensi kerajaan lain.
Dalam operasi tersebut, Jabatan Amal menumpu tugasan menebang pokok dan membersihkan kawasan serta membantu rumah penduduk yang terjejas.
Turut serta semasa kerja-kerja tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood yang rumah mertuanya turut dihempap pokok dan difahamkan kejadian kedua dalam dua tahun ini.
Dalam musibah tersebut kira-kira 80 rumah dilaporkan terjejas oleh kejadian yang berlaku lewat petang semalam.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.