Kesukaran AS mengawal senjata api
Oleh Zin Mahmud
Dunia mungkin berasa pelik mengapa Amerika Syarikat (AS) tidak boleh mengawal senjata apinya walaupun seringkali berlaku penembakan beramai-ramai ke atas pelajar sekolah di negara itu.
Terbaru ialah peristiwa penembakan ke atas pelajar sekolah Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida pada 14 Februari lalu yang mengorbankan 17 nyawa.
Pembunuhnya menggunakan raifel separuh automatik jenis AR-15 yang dibuat oleh American Outdoor Brands yang dahulu dikenali sebagai Smith & Wesson.
Tahun lalu ada dua peristiwa penembakan. Pada 5 November, di Gereja First Baptist, Sutherland Spring, Texas, 26 orang terbunuh dengan penembaknya menggunakan raifel jenis serangan Ruger AR.
Sebelum itu, pada 1 Oktober, di Las Vegas, 58 orang terbunuh apabila penembaknya menggunakan raifel separuh automatik jenis AR-15 dan 22 senjata api yang lain.
Pada tahun 2016, 12 Jun di Orlando, 49 orang terbunuh dengan penembaknya menggunakan SIG Sauer MCX dan pistol Glock 17. Penembakan pada orang ramai yang tidak bersalah, serta tanpa ada sebab dengan penembaknya berlaku juga pada tahun 2015 di Charleston, Kolej Komuniti Umpqua di Roseburg dan di San Bernardino.
Untuk tahun 2013, ia berlaku di Washington DC. Sementara tahun sebelumnya, yang menjadi mangsa ialah 26 pelajar Sandy Hook di Newtown. Senjata-senjata yang digunakan dari tahun 2012 hingga 2015 ialah Smith & Wesson M&P 15, Bushmaster .223, Remington 870 Express, Glock 9 mm dan raifel jenis serangan .223 kaliber.
Bagi kebanyakan orang di seluruh dunia, mereka tentu tidak dapat membayangkan bentuk senjata api yang berbagai jenis itu. Lebih-lebih lagi negara yang mengamalkan polisi kawalan senjata api, atau mengharamkannya terus bagi kegunaan orang awam.
Namun bagi mereka yang berada dalam medan perang, tentu sebahagiannya mengenal senjata-senjata api yang sampai di tempat mereka. Industri pembuatan senjata api di dunia amat besar dan menguntungkan.
Tetapi di negara-negara aman, jenis senjata-senjata api mungkin hanya dikenali oleh peminat-peminatnya. Dalam kalangan manusia, mereka sentiasa suka terhadap senjata.
Mereka dapat melihat penggunaannya ketika menonton filem-filem khususnya bikinan Hollywood.
Walaupun dalam filemnya tentu ia tidak menggambarkan realiti tetapi AS banyak membuat filem aksi ganas tembak-menembak yang dijual ke seluruh dunia.
Namun peristiwa-peristiwa penembakan beramai-ramai yang berlaku di bumi AS tidak ada tujuannya. AS adalah negara aman walaupun kuasa besar itu terlibat dengan perang di luar negara, seperti di Afghanistan, Iraq dan Syria.
Melindungi
Peristiwa penembakan di bumi AS tidak ada kaitan dengan perang atau atas tujuan tertentu. Ia hanya dilakukan oleh seseorang, antara remaja yang seronok untuk melakukan penembakan dan pembunuhan. Senjata api hanya perlu dibeli dan mudah didapati di sana.
Sememangnya adalah mudah untuk menyatakan bahawa penembak itu menanggung sakit mental. Ini kerana tentulah seseorang yang waras tidak akan melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya, hanya untuk seronok atau mempunyai fikiran tertentu dalam otaknya.
Namun jika rosak macam mana pun otak seseorang tetapi jika mereka tidak memperolehi senjata api, maka tidak bolehlah dilakukan penembakan yang membunuh orang.
Paling tidak – mereka akan menggunakan pisau, parang atau pedang untuk membunuh. Tetapi kesan senjata tajam tidaklah seburuk senjata api.
Kalau di negara-negara lain, jika perkara seumpama itu berlaku, maka sudah tentu dengan segera pihak berkuasa mengawal senjata api dengan mengharamkannya.
Tidak perlu debat panjang-panjang. Ini berlaku di Australia yang mengenakan kawalan senjata api sejak berlaku penembakan beramai-ramai pada tahun 1996 yang mengorbankan 35 orang.
Tetapi AS tidak melakukan sedemikian. Dengan menyatakan bahawa penyebab peristiwa itu adalah kerana penyakit mental dan bukan kerana adanya senjata api, maka langkah yang diambil adalah usaha untuk mengatasi masalah jiwa itu tanpa menyentuh kedudukan senjata api.
Presiden AS, Donald Trump pula mencadangkan supaya guru-guru turut dilengkapi dengan senjata api bagi melindungi sebarang serangan daripada penembak sakit mental itu.
Maknanya langkah yang diambil adalah berasaskan pada pegangan bahawa senjata api perlu untuk perlindungan diri daripada serangan. Soal bahawa penyerang berkenaan itu menggunakan senjata api tidak diperhatikan.
Bukan semua rakyat menyokong kebebasan pemilikan senjata api. Banyak dalam kalangan rakyat AS yang menuntut supaya kawalan senjata dilakukan. Peristiwa-peristiwa penembakan yang berlaku hampir setiap tahun itu adalah jelas menunjukkan kawalan itu perlu dilakukan.
Orang mengingati peristiwa-peristiwa yang besar itu tetapi banyak juga kejadian-kejadian kecil yang membabitkan senjata api. Kawalan senjata api difikirkan perlu dilakukan bagi mengelak kejadian berdarah itu berulang.
Tidak ada sesuatu berlainan yang dilakukan akan menghalang kejadian itu berulang. Malah saranan Trump supaya guru juga membawa senjata api boleh memburukkan lagi keadaan dengan kemungkinan berlakunya peristiwa tembak-menembak.
Tidakkah guru juga terdedah dengan penyakit mental? Kebanyakan para penyokong kawalan senjata api datang dari Parti Demokratik, iaitu sayap liberal atau kiri dalam spektrum politik AS. Sementara yang mendokong kebebasan pemilikan senjata api dari Parti Republikan, iaitu sayap konservatif atau kanan.
Trump adalah dari Republikan. Sementara Presiden Barack Obama dahulu adalah dari kalangan Demokratik. Obama pernah berusaha untuk mengadakan polisi kawalan senjata api. Tetapi Kongres yang dikuasai oleh Republikan menghalangnya.
Setiap calon presiden dari Republikan termasuk Trump menjanjikan untuk mempertahankan dasar kebebasan pemilikan senjata.
Ini kerana banyak rakyat AS yang bukan sahaja menganggap pemilikan senjata api sebagai hak warganegara dalam sistem demokrasi tetapi mereka sendiri mempunyai pelbagai senjata api di kediaman mereka.
Tetapi ia bukan soal pemilikan senjata, tetapi juga kebebasan membeli, menjual dan membuat senjata api. Ini disifatkan sebagai antara ciri-ciri demokrasi AS.
Semua senjata yang digunakan dalam peristiwa berdarah itu adalah buatan AS. Senjata api juga menjadi sebahagian daripada sejarah budaya AS, terutamanya pada abad ke-19 di mana zaman koboi menuntut kemahiran penggunaan senjata api.
Sementara di depan budaya ini adalah Persatuan Raifel Kebangsaan (NRA) yang mempunyai lobi kuat dalam politik AS.
Mereka bukan saja menyalurkan dana untuk kempen pilihan raya ahli-ahli politik yang menjaga kepentingan persatuan itu tetapi turut didokong oleh sebahagian besar masyarakat negara itu.
Namun begitu ada syarikat korporat yang bertindak menentang NRA. Antaranya ialah Metlife, Hertz dan Delta Airlines. Sementara Walmart dan Dick's Sporting Goods mengehad umur mereka yang boleh guna senjata api ialah 21 tahun ke atas.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.