Mengapa belia tidak lagi minat politik
Oleh Azeem Abu Bakar
Bahang PRU14 kian dirasai dan kita dapat lihat pelbagai isu politik mula dimainkan. Terdapat lebih banyak perhimpunan dari pihak parti pemerintah atau pembangkang seluruh negara. Setiap hari, kita melihat komen politik oleh “pakar-pakar”, berita mengenai ramalan keputusan pilihan raya dan serangan bersifat peribadi antara satu sama lain.
Bagaimanapun, adakah pengundi muda dihidangkan dengan mesej yang relevan untuk membantu mereka membuat penilaian dalam mengundi? Barangkalinya tidak. Dalam kajian Merdeka Center baru-baru ini, didapati 70% daripada 604 orang muda yang ditemu bual berkata mereka tidak peduli dengan hal ehwal politik.
Jadi mengapa minat orang muda terhadap politik semakin menurun? Setelah berkhidmat di Organisation for National Empowerment (ONE) selama 4 tahun dan terlibat dengan aktiviti bersama ribuan belia, pemerhatian yang kami perolehi mengenai lapisan masyarakat ini, dapat memberikan pencerahan kepada persoalan tersebut.
1. Zaman perjuangan bersifat “revolusi” sudah berakhir
Kita sentiasa mendengar daripada nenek moyang kita tentang cerita perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada pihak Jepun dan British. Pada ketika itu, mereka mendermakan barang kemas, wang dan harta benda mereka untuk membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London untuk merundingkan kemerdekaan negara.
Apabila Tunku pulang, mereka berada di sana untuk menyambutnya. Ramai, seperti datuk saya, turut berada di Stadium Merdeka menyaksikan Tunku melaungkan “Merdeka” pada hari yang penuh bersejarah tanggal 31 Ogos 1957.
Parti politiklah yang berjuang untuk kemerdekaan. Jadi mereka mempunyai sebuah cerita yang sangat bermakna untuk dikongsikan. Kerana itulah rakan seperjuangan saya di ONE, Danni Rais selalu berkata pada belia di acara kami, “penglibatan dalam politik sangat menarik suatu ketika dahulu”.
Perjuangan untuk membina negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia diteruskan oleh generasi ibu bapa kita sehingga hari ini. Bagaimanapun, sejak beberapa dekad lalu semangat revolusi ini semakin mereda, berlawanan arus dengan peningkatan kesejahteraan negara.
Apabila ekonomi semakin maju, pelaburan mengalir masuk dan negara melalu proses transformasi, belia hari ini kurang mengenali jenis perjuangan bersifat revolusi yang dilalui oleh generasi dahulu.
Cabaran mereka sekarang berbeza. Mereka kini lebih cenderung untuk bersaing untuk mendapatkan sebahagian daripada perkongsian ekonomi masa kini. Manakala, mereka yang lebih bercita-cita tinggi pula berusaha bersaing di peringkat antarabangsa. Orang muda kini lebih sibuk mengembangkan kerjaya masing-masing daripada berkecimpung dalam politik.
2. Kelesuan politik
Walaupun mereka sibuk dengan kerjaya mereka, ramai yang masih memberi perhatian terhadap perkembangan politik. Bagaimanapun, mereka kian lesu terhadap kedua-dua belah pihak, kerajaan mahupun pembangkang. Tuduhan terhadap parti kerajaan kini sudah menjadi pengetahuan umum. Namun, pihak pembangkang turut mula menampakkan kelemahan juga.
Tidak mungkin pembangkang, yang kini berdepan dakwaan skandal berbilion ringgit berhubung terowong dasar laut Pulau Pinang dan tanah Ijok di Selangor dapat menjamin pentadbiran yang bersih. Bukan itu sahaja, pengerusi pihak pembangkang juga tidak terkecuali daripada tuduhan skandal pada zamannya. Golongan belia peka akan semua isu ini.
Jadi amat sukar bagi generasi muda untuk menilai antara parti pemerintah dan pembangkang dari segi etika urus tadbir sahaja. Namun, ini tidak bermakna mereka sudah putus asa terhadap parti politik.
Kebanyakan mereka, turut membuat penilaian berdasarkan kebolehan parti politik dalam menjamin dan memperkasa masa depan mereka.
3. Tumpu pada kerjaya
Dalam era yang tinggi saingan ekonominya, terdapat banyak peluang pekerjaan dan kerjaya, di dalam negara dan di seluruh dunia yang boleh memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik. Sekiranya kita bekerja keras, dan dapat naik pangkat dalam syarikat yang berprestasi tinggi, gaji, bonus, faedah kakitangan, penjagaan kesihatan, elaun gaya hidup diberikan kepada kita.
Pulau Pinang dan Selangor kini membawa pelaburan antarabangsa terutamanya dari China, akan membuka lebih banyak peluang untuk belia. Industri elektrik dan elektronik di Pulau Pinang juga mapan, membolehkan anak-anak muda berkerja di situ, tanpa perlu berhijrah ke Kuala Lumpur.
Projek infrastruktur mega seperti Exchange 106, KL118, MRT, ECRL, Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), Lebuhraya Pan Borneo, Kota Iskandar, Rapid Pengerang akan memperkasa masa depan pada masa yang sama menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
Kemudahan, pembiayaan perniagaan dan inkubator seperti DFTZ, Dana Cradle, Superb dan MAGIC disediakan dan melonjak perkembangan banyak perniagaan dan startup, seperti GRAB, sektor fintech dan lain-lain.
Dunia hari ini menyajikan banyak peluang kerjaya dan potensi perniagaan untuk direbut orang muda.
Berlalulah sudah hari-hari perjuangan bersifat revolusi yang membuatkan penyertaan di dalam politik lebih diminati. Kita kini berada di dalam era berteraskan peningkatan kualiti hidup melalui kemajuan kerjaya dan seterunya, negara. Inilah kisah generasi muda masa kini.
Itulah sebabnya belia hari ini lebih cenderung berpandang jauh, ke arah mencapai kemajuan bersama. Oleh itu, parti yang dapat memperkasa belia dan menjamin masa depan mereka seiring dengan semangat #ForwardTogether akan mampu meraih sokongan pengundi muda di PRU14.
Azeem Abu Bakar ialah setiausaha agung Organisation for National Empowerment (ONE).

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.