Mursyidul Am: PAS kuat bukan sebab kerusi
Anggota PAS diingatkan bahawa parti itu tetap kuat walau tanpa satu kerusi pun, menurut laporan Harakahdaily semalam.
Berucap dalam program munajat perdana di Sik, Kedah, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata sumber kekuatan parti itu bukanlah bilangan kerusi yang dimenangi atau negeri ditadbir, tetapi apabila mereka cekal melaksanakan perintah Allah.
"Sinar cahaya kemenangan dan pertolongan untuk PAS makin hampir.
"Kemenangan bukan daripada banyak kerusi, tetapi melakukan perkara yang benar, pertimbangan haq dan batil, syurga dan neraka. Itulah kemenangan sebenar," katanya seperti dipetik.
Pada 10 Mac lalu, badan kaji selidik berkaitan PKR, Invoke Malaysia yang membayangkan parti itu akan tewas di semua kerusi Parlimen dan tewas di Kelantan.
Namun ia disangkal Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkannya sebagai kajian 'atas meja' yang tidak sampai ke akar umbi.
Hadi juga sebelum ini berkata parti itu mahu menang majoriti mudah atau sekurang-kurangnya terlibat dalam pembentukan kerajaan di Parlimen, dan menang di lima negeri di peringkat DUN.
Mengulas lanjut, Hashim berkata walaupun PAS menyertai pilihan raya untuk memburu kemenangan, ia bukanlah satu-satunya matlamat kewujudan parti itu di negara ini.
Katanya PAS ingin menegakkan Islam sebagai satu-satunya cara yang dapat menyelamatkan manusia.
PAS jalan reda
Beliau berkata idealogi sekularisme yang menurutnya memisahkan agama daripada pentadbiran dan mengambil aspek tertentu saja dalam agama hanya menjauhkan umat Islam daripada Tuhan.
"Keterlibatan kita dengan politik, kemasyarakatan, sosial, pertanian, ekonomi, jangan ditinggalkan perkiraan dosa dan pahala, benar dan salah, syurga dan neraka," katanya lagi dalam program munajat perdana PAS Sik di Kedah, seperti dipetik.
Dalam pada itu beliau turut menyentuh kenyataan bekas Naib Presiden PAS Husam Musa bahawa haram mengundi PAS pada PRU ke-14.
"PAS kata haram kalau tak undi bulan. Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang," katanya yang kini naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).
Bagi Hashim, hanya PAS jalan menuju reda Allah kerana ia mengajar anggotanya tentang ranjau perjuangan Nabi dan Rasul.
"Seorang bekas pimpinan PAS sebelum ini mengeluarkan kenyataan undi PAS haram, undi PH boleh pahala, padahal di belakang PH kita kenal siapa mereka.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa kepimpinan ke arah mendekatkan diri kita kepada Allah melalui kerja politik yang merupakan sebahagian manhaj hidup kita menuju reda Allah, tiada parti lain kecuali PAS," katanya lagi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.