Saya tidak patut pecat Anwar, kata Dr Mahathir
ANDAI diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapannya, bekas perdana
menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan memecat Anwar
Ibrahim.
Dalam satu wawancara dengan Sin Chew Daily, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata membuat kesilapan dengan memecat Anwar, namun beliau “tiada pilihan”.
Katanya, beliau “tidak sepatutnya mengikut undang-undang sepenuhnya” dalam membuat keputusan itu.
“Dari sudut pandang politik, saya tidak harus melakukannya (memecat Anwar). Ketika saya menjadi perdana menteri, saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak melakukan apa-apa yang akan buat orang benci saya,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Namun beliau tiada pilihan selain memecat Anwar apabila polis mengemukakan segala bukti kepadanya, kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata, boleh mengarahkan agar Anwar dipenjara serta-merta sekiranya beliau benar-benar seorang diktator.
Namun sebaliknya, Anwar dibicarakan, katanya.
"Saya marah pada polis. Saya tanya mengapa mereka tidak benar (Anwar) dibicarakan. Mereka tidak beritahu saya pada mulanya, tetapi kemudian kata mereka berikan (Anwar) 'mata lebam'.
"Namun, saya berkeras agar beliau menerima perbicaraan,”
Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan seterusnya dipenjarakan pada 1999 selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah.
Dr Mahathir berkata beliau hanya berkuasa untuk memecat Anwar dari dua jawatan tersebut.
Keputusan untuk memecat Anwar dari jawatan timbalan presiden parti pula dibuat oleh majlis tertinggi Umno, katanya.
"Kita jalankan mesyuarat Majlis Tertinggi sehingga jam 4 pagi. Semua orang berpeluang untuk bersuara.
“Mereka bukan sahaja tidak mahu (Anwar) menjadi timbalan presiden, mereka juga tidak mahu dia dalam dalam parti. Itu bukan keputusan saya.”
Kenyataan beliau merupakan kesinambungan daripada kritikannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak pada 2015 selepas kontroversi berkaitan penyelewengan 1MDB dan isu wang RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadinya yang membawa kepada pemecatan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir kemudiannya menyertai perhimpunan Bersih 4 pada tahun sama sebelum mengetuai sidang media bersama pemimpin pembangkang bagi memperkenalkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016 yang antara lain menuntut pengunduran Najib.
Mahathir kemudiannya bertemu dengan Anwar di Mahkamah pada 6 September tahun itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedah 10 hari kemudian bagi menyerahkan deklarasi yang berjaya mengumpul lebih sejuta tandatangan.
Melihatkan kepada "persamaan" antara kedua bekas seteru sejak 1998 itu, pelbagai pihak daripada Barisan Nasional dan pembangkang sendiri membangkitkan isu zaman reformasi dan layanan Dr Mahathir terhadap Anwar selama hampir 20 tahun itu.
Pada 10 Januari lalu, Mahathir dilarang bertemu dengan Anwar yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras.
Dr Mahathir kemudiannya menulis dalam blog beliau sehari selepas itu menyatakan rasa kecewa dan sedih atas apa yang berlaku kerana belum pernah mana-mana perdana menteri Malaysia sebelum ini menghalang sebarang lawatan berjumpa pesakit atau banduan.
"Apakah yang sudah jadi pada negara kita ini? Saya, semasa menjadi perdana menteri, tidak pernah menghalang mana-mana banduan, termasuk Datuk Seri Anwar diziarahi oleh sesiapa.
"Tetapi sekarang sudah ada arahan ini khusus bagi saya," katanya.
Jelas Dr Mahathir, tujuan ziarahnya itu hanyalah untuk mengucapkan terima kasih kerana Anwar bersetuju dengan cadangan PH menamakan beliau sebagai calon perdana menteri jika pakatan pembangkang itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Katanya, beliau percaya persetujuan itu adalah kerana Anwar mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaannya sendiri, selepas PKR sebelum itu tidak setuju dengan cadangan tersebut.
Persetujuan itu juga mengukuhkan kerjasama empat parti dalam pakatan pembangkang untuk memenangi PRU14.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.