Pahala undi PH: Husam tidak layak 'berfatwa'
Oleh IMAN ASYRAFF
SAYA tidak menjangkakan sama sekali, begitu terdesak sekali Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAN memperdagangkan agama Islam dengan memberi perspektif buruk berkenaan hukum halal dan haram apatah lagi apabila beliau secara semberono mengaitkan PAS dalam tuduhan pramatang beliau.
Mengikut kenyataan yang dipetik daripada Malaysiakini beliau menyatakan, "Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan. Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS. PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Jadi nak undi apa? Undi Harapan, dapat pahala undi Harapan. Ambo nak duduk situ. Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum."
Polemik berkenaan undi PAS dapat pahala bukan satu perkara yang baru. Bahkan isu ini sudah digunakan oleh kelompok dalam Umno untuk mengalih tumpuan masyarakat daripada terus mempersoalkan kebobrokan pemerintahan di bawah rejim ini. Sudah pasti, mangsa kepada serangan serakah Umno ini ialah PAS kerana dasar pengenalan pemerintahan Islam yang dibawa PAS kekal konsisten daripada fasa awal penubuhan parti ini sehinggalah ke hari ini. Perkara ini jelas, tiada sesiapa pun yang berani menafikannya. Malahan atas dasar ini juga, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan pandangan tepat, mengundi PAS, Insya Allah akan mendapat pahala.
Marilah sama-sama kita selami pendirian bahawa Undi PAS dapat pahala mengikut sudut pandang al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dilihat melalui kenyataan yang dibuat pada 24 Januari 2002 tertulis:
“Oleh kerana benda yang kita buat di Kelantan ini setelah kita dapat undi banyak, maka sudah tentu orang yang mengundi itu akan dapat pahala, kerana kita telah (membantu) tonjolkan kepada masyarakat dunia seluruhnya bahawa Kelantan itu duduk atas Islam, sebagaimana tuhan hendak. Jadi mana-mana orang yang mengundi kami di Kelantan tahun 1990 dulu hingga kami boleh membentuk kerajaan begini iaitu kami tonjolkan yang halal kita kata halal dan yang haram kita kata haram, sudah tentulah ada balasannya; balasan baik di akhirat dalam bentuk pahala. Oleh yang demikian, bila saya kata benda ini boleh pahala, bukan pandai-pandai tuhan nak beri sesuka hati, tidak, ada kaedah dia.”
Penegasan kedua al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Undi parti lain tiada pahala.
Penegasan yang dibuat al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dibuat melalui sudut pandang keutamaan mengundi parti Islam sahajalah yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan. Kenyataan yang dibuat pada 18 Jun 2012 di bawah ini menyatakan dengan jelas bahawa:
“Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam sahaja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala. Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan.”
Sokongan oleh al-Marhum Ustaz Fadzil Noor terhadap penegasan yang dibuat oleh al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu undi PAS dapat pahala. Sokongan ini tercatat:
“Saya telah menyatakan saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyid Am bahawa mereka yang menyokong, mengundi PAS insya alllah akan mendapat pahala. Sebab menolong, membantu menegakkan yang ma'ruf: مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjukan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya. [HR. Muslim no. 1893]
“Ini hadis Nabi. Mahathir bukan tahu semua ini. Nabi kata orang yang menunjukkan satu kebaikan, pahalanya macam orang yang membuat kebaikan itu. Kalau kerajaan kita telah dapat melepaskan rakyat Kelantan daripada amalan riba dan terjebak dengan cengkaman riba, kerana rakyat Kelantan mengundi PAS, menolong PAS, PAS membuat kebaikan, pimpinan PAS membuat kebaikan, pimpinan kerajaan membuat kebaikan. Orang yang membantu atas kebaikan juga dikira sama seperti orang yang membuat kebaikan. Ini hadis Nabi, hadis Mahathir memang tak ada. Dia bukan tahu dosa dan pahala. Bagi dia, dosa dan pahala ini tidak ada. Lepas itu dia kata, kenyataan saya tengok dia jawab. Dia kata, mana kita tahu lepas mati kita ke syurga ke neraka. Memanglah kita tidak tahu tetapi tuhan telah memberi petunjuk. Jalan ke syurga begini, jalan ke neraka macam ini. Ini sebab tak tahu ke jalan mana hang nak pi, ikut pi mana.
Nabi kita bersabda: كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى “Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barang siapa mentaatiku akan masuk syurga, barang siapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“ [HR. Bukhari]
“Nabi dah tunjuk, bila kita terang apa yang Nabi cakap, apa yang Allah sebut dalam al-Quran. Dia kata pula Tok Guru Nik Abdul Aziz nak berlagak macam tuhan pula dah. Inilah susah, bercakap dengan orang tak mengaji ini susah. Sebab itulah orang Arab berkata, musuh yang alim lebih baik daripada sahabat yang jahil. Tetapi dia bukanlah, nak kata sahabat pun tak berapa boleh juga.
Maknanya dia tak tahu, tetapi apabila orang cakap benda yang orang tahu, dia tak tahu, dia hentam lagi teruk. Tetapi rakyat boleh ukurlah. Kita pun tak kata orang ni masuk syurga, orang ini masuk neraka.
“Tetapi ada petunjuk daripada Allah. Lalu saya kata, saya sokong. Sebab kita berjuang dalam PAS, kalau kita tak dapat pahala, kalau kita berjuang dalam PAS, buat apa kita nak berjuang. Membuang masa kita, umur kita, tenaga kita, fikiran kita, kadang-kadang wang ringgit. Kerana kita mengharapkan pahala, selain mengharapkan kemenangan, sama ada kita mendapat Husnayaian, dua kebaikan di dunia kita menang di akhirat kita dapat pahala ataupun kita mendapat "Ihdal Husnayain" satu daripada dua kebaikan. Kalau kita tidak menang di dunia, kita dapat pahala di akhirat dengan syarat berdasarkan "Imanan Wahtisaban".
“Perjuangan kita, pergerakan kita, penyertaan kita, penglibatan kita didasarkan kepada keimanan kita, dan keredhaan kita dan keikhlasan kita. Insya allah kita akan dapat sama ada Ihdal Husnayain atau kita bernasib baik mendapat Husnayain dua kebaikan, di dunia kita menang, di akhirat kita mendapat pahala. Kalau tak dapat kemenangan di dunia, Insya Allah kita dapat pahala di akhirat. Tetapi ini, kita kena yakin. Ini setiap pejuang Islam, dia yakin dengan ini. Kalau tidak buat apa kita nak menghabis masa berpuluh-puluh tahun tuan-tuan dan puan-puan. Berpuluh-puluh tahun dalam PAS."
Jadi di sini sudah dilihat kewajaran Haji Husam Musa dalam mengeluarkan fatwa syok sendiri adalah satu tindakan yang jelas mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri. Bahkan tindakan melulu beliau ini jelas bertentangan dengan kenyataan yang di buat oleh penasihat PAN, Ustaz Ahmad Awang pada 28 Februari 2018 yang menyatakan:
“Kita di dalam PAN ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik.”
Bahkan jika Haji Husam Musa berpandangan secara peribadi sekalipun dalam memberikan justifikasi mengundi Pakatan Harapan dapat pahala dan mengundi PAS dapat dosa, tidak selari dengan pendirian parti komponen lain dalam Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi daripada parti PAN sendiri. Sebagai contoh:
1) Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN secara terbuka menyokong penyertaan COMANGO yang jelas mempunyai agenda terselindung dalam demontrasi Wanita Tolak Politik Toksik pada 10 September 2017. 2) Minum Arak dalam Pesta Better Beer seperti minum air teh sahaja: Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad: Hansard Parlimen 26 Oktober 2017:
“Orang bukan Islam hendak buat. Kita kata, “Oh, ini menghina Islam. Ini mencabar Islam”. Sedangkan, dia hendak buat, dia minum, bagi dia macam minum teh sahaja. Bagi dia. So, kenapa kita tidak boleh tangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak yang bukan Islam?"
3) Gesaan supaya golongan atheis diiktiraf oleh MP Sepang, Hanipa Maidin: November 2017 Sidang Parlimen:
“Saya ialah seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana atheist untuk menganuti atau untuk mengamalkan atheisme,".
Saya mengajak rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang sihat supaya merenung kembali apakah kewajaran Naib Presiden PAN, Haji Husam Musa mengeluarkan fatwa kononnya boleh dapat pahala apabila mengundi Pakatan Harapan, sedangkan mudarat yang di bawa pimpinan PAN sendiri jauh lebih membahayakan.
Akal sihat saya lebih memilih pandangan yang dikeluarkan al-Marhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor bukan kerana saya ini ahli PAS. Ini kerana pandangan kedua-dua Murabbi Ummah ini selari dengan apa yang PAS perjuangkan. Belum pernah ada seorang pimpinan PAS pun yang menyokong Pesta Arak, dan menyebelahi golongan atheis. Dan yang lagi penting belum ada seorang pun pimpinan PAS mengaku mendapat maklumat sulit dengan bantuan jin.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.