https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pakatan masih belum ada calon MB untuk Perak

Oleh Amin Iskandar

PAKATAN Harapan (PH) Perak masih belum ada calon menteri besar yang jelas biarpun ia berhasrat mahu menawan semula negeri itu daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Kebanyakan pemimpin PH Perak menyuarakan keyakinan mereka pakatan pembangkang itu mempunyai peluang yang cerah untuk menang di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang ini, namun apabila ditanya siapakah calon menteri besarnya, mereka hampir tiada jawapan.

Sebaliknya mereka menegaskan keutamaan sekarang memastikan PH menang dulu pilihan raya menumbangkan BN di Perak pada PRU14.

“Kami tak bincang tentang isu ini, kita perlu menang terlebih dulu,” kata Pengarah Penerangan PH Perak Chang Lih Kang

“Keempat-empat parti komponen akan putuskan siapa calon menteri besar selepas menang PRU14.”

Menuju PRU14, Bersatu dipertanggungjawabkan untuk memimpin kempen PH di Perak dengan pengerusi negerinya, Ahmad Faizal Azumu menggalas tugas sebagai pengerusi PH negeri.

PH Perak juga sudah sepakat mengenai usaha mahu memenangi majoriti daripada 59 kerusi dewan undangan negeri (DUN) itu melalui pengagihan kerusi negeri yang akan ditandingi oleh empat parti dalam gabungan berkenaan.

Sumber memberitahu , DAP akan bertanding 18 kerusi, Bersatu 15, PKR 14 dan Amanah 12.-The Malaysian Insight

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.