Perjuangan satu dekad
Oleh Lim Hong Siang
“Reformasi” mungkin terlalu jauh untuk generasi yang lahir pada tahun 1990-an dan 2000-an. Untuk mereka yang pernah melalui zaman Reformasi, “Tsunami politik 8 Mac” adalah hasil yang diketuai selepas satu dekad “Reformasi” dilaungkan.
Sedar atau tidak, kita bakal menyambut ulangtahun ke-10 “Tsunami 8 Mac 2008”, satu insiden yang berjaya merombak lanskap politik tanahair 10 tahun lalu.
Jikalau “Reformasi” lebih berkisar kepada mata lebam Anwar Ibrahim, “Tsunami Politik 8 Mac” jelas memperlihatkan pelbagai gelombang yang tercetus daripada pergolakan dalam masyarakat.
Perarakan peguam untuk mendesak penyiasatan terhadap video Lingam, tuntutan sistem pilihan raya yang adil oleh BERSIH, protes komuniti India melalui himpunan HINDRAF dan sebagainya, telah mewarnai jalan raya dengan kemarahan rakyat.
Demonstrasi jalanan ini sebagai manifestasi ketidakpuasan yang terpendam untuk sekian lama. Ketidakpuasan ini tercetus lantaran ketidakadilan, penyelewengan, manipulasi dan penipuan daripada pihak kerajaan. Rakyat yang tertindas akhirnya bangkit dan menuntut perubahan.
Di sebalik aksi politik ini, terdapat juga isu-isu yang memperlihatkan konflik kepentingan antara komuniti tempatan dengan pembangunan, pada hari-hari menjelang PRU12 tahun 2008.
Antaranya pencerobohan Kampung Berembang, pembinaan kabel bervoltan tinggi di kampung baru Rawang, perlombongan emas menggunakan bahan kimia cyanide di Bukit Koman dan sebagainya.
Ketidakadilan mengambil tempat atas nama pembangunan, dengan menggadaikan kepentingan penduduk tempatan.
Malapetaka yang menimpa penduduk ini dirasai oleh masyarakat yang bersimpati dengan mereka. Sentimen ini bergolek dan akhirnya mengombak untuk membadai Barisan Nasional.
Penduduk tempatan bangkit dan lawan, sehingga menggarap kemenangan di akhirnya. Terdapat satu lagi gerakan yang agak penting ketika itu, tetapi kurang menarik perhatian di kalangan masyarakat khususnya komuniti Melayu, iaitu usaha untuk mempertahankan tapak Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh.
Ramai yang tidak memandang berat kepentingan tapak warisan sejarah ini, sehingga bersahaja jikalau ia perlu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.
Hakikatnya, tapak di Sungai Buloh ini diiktraf sebagai antara pusat kawalan kusta yang terbaik dan paling penting di dunia.
Dibina pada tahun 1920-an, pusat kawalan kusta direka sebagai kawasan penempatan yang paling terancang, kondusif dan berperikemanusiaan untuk pesakit kusta.
Harus diingatkan, penyakit kusta belum ditemui ubatnya ketika itu. Pesakit kusta diasingkan dari orang ramai, kerana takut penyakit kusta merebak.
Mereka hidup merana, bukan sahaja disebabkan keperitan yang ditanggung lantaran penyakit itu, juga diskriminasi masyarakat umum terhadap mereka.
Apa yang istimewanya dengan PKKN Sungai Buloh? Ia dirancang sebagai sebuah komuniti yang “mampan diri”, dilengkapi dengan segala kemudahan asas yang diperlukan.
Di sini eksperimen demi eksperimen dijalankan ke atas pesakit kusta untuk menemui ubat rawatan, vaksin pencegahan dan kaedah pembedahan untuk penyakit kusta.
Akhirnya ubat dan kaedah rawatan ditemui di PKKN Sungai Buloh, dan digunakan di seluruh dunia. Pencapaian yang membanggakan ini telah memahat nama Malaysia di dunia.
Namun, nilai kewujudan PKKN Sungai Buloh tidak harus terhakis setelah misi bersejarah ini disempurnakan. Banyak kisah yang terharu berlaku di kawasan penempatan pesakit kusta ini.
Misalnya, disebabkan kejahilan dan prejudis terhadap penyakit kusta ketika itu, bayi yang dilahirkan pesakit kusta wajib dipisahkan daripada ibu bapanya.
Mereka akan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga lain, terpisah daripada ibu kandung mereka buat selama-lamanya.
Bayangkan, betapa pedihnya buat ibu bapa yang hanya sempat menjenguk sekejap bayi mereka setelah dilahirkan, dan kemudian dipisahkan begitu sahaja.
Dari kaca mata zaman sekarang, memang ini langkah yang tidak berperikemanusiaan, jikalau tidak mengambil kira konteks zaman itu yang belum menemui ubat rawatannya.
Apapun, ia telah berlalu, dan hanya boleh dijadikan sebagai pengajaran – betapa kejahilan, prejudis dan diskriminasi boleh menghancurkan kebahagiaan seseorang insan dan sesebuah keluarga.
Pesakit kusta yang sembuh masih mendiami di PKKN Sungai Buloh pada hari ini, rata-ratanya melepasi umur 60-an tahun.
Mungkin golongan ini telah dilupakan, sehingga apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil-alih tanah kawasannya untuk pembinaan Fakulti Perubatan pada tahun 2007.
Sekumpulan aktivis berpandangan bahawa tapak ini harus dipertahankan sebagai tapak bersejarah, dan tidak wajar dirobohkan semata-mata untuk pembangunan lain.
Maka bermulalah kempen untuk menghalang perobohan tapak PKKN Sungai Buloh. Ia berjaya pada peringkat fasa pertama kerana akhirnya pihak kerajaan bersetuju untuk mengekalkan tapak tersebut.
Cabarannya, bagaimana pula setelah pesakit kusta terakhir meninggal dunia satu hari nanti? Bagaimana tapak ini harus diperingati?
Kumpulan aktivis ini telah melancarkan kutipan derma dan berjaya menubuhkan satu galeri kisah Lembah Harapan, mencatatkan sejarah PKKN yang pernah menyalakan harapan untuk pesakit kusta yang seketika dahulu hidup dalam kesakitan, ketakutan dan kegelapan.
Galeri ini telah dirasmikan pada 25 Februari 2018, menandakan bagaimana ketabahan dan kecekalan kumpulan aktivis ini sepanjang satu dekad yang lalu.
Gerakan ini berkembang sejajar dengan perjuangan pendemokrasian politik tanahair. Tatkala ada yang melencong dari landasan perjuangan politik, aktivis gerakan sosial ini telah beristiqamah untuk mempertahankan sejarah tanahair dan maruah rakyatnya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.