https://critoxium.com/shop/

Terkini

PM PH berlatar belakang bendera DAP?

Oleh DR AZMAN IBRAHIM

TUN Mahathir kata, kalau pendaftaran PPBM dibatalkan, dia bersedia bertanding PRU 14 dengan logo DAP.

Tun Mahathir ada rekod tersendiri. Zaman dia jadi Presiden Umno, RoS pernah mengistiharkan pembatalan Umno sehingga tertubuhnya Umno baru. Bila jadi Pengerusi PPBM, parti serpihan Umno ini pula nak dibatalkan pendaftaran oleh RoS.

Begitu lama Tun Mahathir berada di Kementerian Dalam Negeri ketika berkuasa dulu, rupanya dia tak belajar dan tak mampu nak pastikan perjalanan parti sendiri mematuhi kehendak RoS.

Nak urus sebuah parti kecil pun tak mampu, macam mana nak tadbir negara? Rumah tangga sendiri tak terurus, macam mana nak pikul amanah lebih besar. Susah juga rupanya jadi parti pembangkang!
PPBM hanya parti kecil kalau nak bandingkan dengan PAS.

Saya kata ia hanya parti kecil kerana di Jabi tak ada walau satu pun cawangan PPBM. Sedangkan dikhabarkan PPBM akan meletakkan calon di DUN Jabi.

Menarik juga untuk dilihat nanti lambang roket naik di Jabi, sebuah DUN dengan kapasiti pengundi Melayu Islam 99.93 peratus. Ia akan menjadi satu sejarah.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat








Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.