PKR akhirnya tunduk mengalah kepada DAP
Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
SEPERTI sedia dimaklumi, PKR Pulau Pinang, melalui
Ketua Penerangannya, Dr Afif Bahardin, telah secara terbuka mengumumkan
bahawa ia tidak akan melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusi
DUN-nya kepada PPBM atau kepada PAN jika DAP juga berkeras untuk tidak
melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR.
PPBM Pulau Pinang pula, melalui Pengerusinya, Marzuki Yahya, telah
secara terbuka mengumumkan bahawa ia mahu meletakkan calon di 10 kerusi
DUN yang kini diwakili oleh Umno, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N3 Pinang
Tunggal, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N6 Telok Ayer Tawar, N40
Telok Bahang, N21 Sungai Acheh, N38 Bayan Lepas dan N39 Pulau Betong.
Sementara itu, PAN Pulau Pinang, melalui Pengerusinya, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa, telah secara terbuka mengumumkan bahawa ia mahu
meletakkan calon di 5 kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS di dalam PRU
13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N11 Permatang
Pasir dan N38 Bayan Lepas.
Pada akhirnya, keputusan akhir agihan kerusi DUN Pulau Pinang yang
akan diumumkan nanti menyaksikan ugutan PKR Pulau Pinang ini tidak ke
mana kerana ia dengan berat hati terpaksa juga melepaskan dua DUN-nya,
iaitu N2 Bertam dan N40 Telok Bahang, kepada PPBM walaupun DAP tidak
melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR sebagai ganti
kepada kerusi PKR yang dilepaskan kepada PPBM.
Ini sekali gus menyebabkan PKR terpaksa berpuas hati dengan 14
kerusi sahaja, iaitu N3 Pinang Tunggal, N6 Telok Ayer Tawar, N10
Seberang Jaya, N12 Penanti, N14 Machang Bubuk, N17 Bukit Tengah, N18
Bukit Tambun, N20 Sungai Bakap, N21 Sungai Acheh, N24 Kebun Bunga, N35
Batu Uban, N36 Pantai Jerejak, N37 Batu Maung dan N39 Pulau Betong.
Begitu juga dengan PPBM Pulau Pinang yang terpaksa berpuas hati
dengan empat kerusi sahaja, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N4 Permatang
Berangan dan N40 Telok Bahang.
Akhir sekali adalah PAN yang sekali lagi terpaksa berpuas hati di
kedudukan tercorot dengan tiga kerusi sahaja, iaitu N5 Sungai Dua, N11
Permatang Pasir dan N38 Bayan Lepas.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.