Berdoalah agar saya dikurniakan keputusan yang baik
Oleh Rafizi Ramli
Pada 1 Jun 2018, rayuan saya pada peringkat terakhir untuk atas hukuman satu setengah tahun penjara akan didengari di Mahkamah Rayuan.
Ini bersabit tuduhan saya mendedahkan rahsia negara apabila saya membongkar mengenai kelewatan pembayaran pencen kepada pesara-pesara tentera.

Proses rayuan di Malaysia tertakluk kepada maksima 2 peringkat sahaja.
Jika kes itu bermula di Mahkamah Sesyen, maka rayuan hanya boleh dibuat di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sahaja. Jika kes itu bermula di peringkat Mahkamah Tinggi, rayuan itu boleh dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Saya akan diwakili oleh dua orang sahabat lama – peguam Saiful Izham Ramli dan peguam Ahmad Nizam Abdul Hamid, kedua-duanya menyertai KEADILAN pada tahun 1998 dari zaman reformasi lagi.
Mereka juga sahabat yang tidak didendang. Semasa membela Orang Kena Tuduh (OKT) dari kalangan reformis ini satu beban besar kerana ramai yang dituduh dan mereka tidak mampu membayar; dua orang ini banyak menghulurkan kepala tanpa mengejar nama dan publisiti.
Bila saya berdepan dengan banyak kes, saya mula membebankan mereka kembali. Pertama; sebab mereka peguam dengan pengalaman 20 tahun. Kedua; sebab mereka percuma (ha3). Ketiga; sebab saya tahu mereka orang yang baik dan saya rela menyerahkan nasib saya di tangan orang-orang yang hatinya baik.
Ada banyak perkembangan mengenai kes ini setakat hari ini.
Minggu lalu, LTAT telah menarik balik saman mereka terhadap saya atas tuduhan saya memfitnah LTAT. Mungkin ada yang merasakan saya ada meminta atau ada campur tangan pihak luar memaksa LTAT. Saya ingin memaklumkan itu adalah kehendak mereka semata-mata dan tidak ada apa-apa campur tangan.
Minggu lalu juga, saya ada terbaca bahawa laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah pun dikeluarkan dari senarai Akta Rahsia Rasmi. Maka dokumen yang dahulunya rahsia kini tidak lagi rahsia. Malah, bekas Ketua Audit Negara juga menyatakan hari ini bahawa asalnya klasifikasi “rahsia” itu hanya bersifat sementara sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) membentangkannya di Parlimen; bukanlah bermaksud ia dirahsiakan sebagai rahsia negara.
Apa pun, saya yakin perkembangan-perkembangan ini akan diambil kira oleh peguam-peguam saya yang menyediakan rayuan saya pada 1 Jun 2018 ini.
Saya berterima kasih dan rasa terhutang budi atas segala doa, kata-kata manis dan sokongan ribuan rakyat Malaysia selama ini.
Saya berharap dalam bulan Ramadhan ini, sahabat-sahabat boleh membantu saya mendoakan supaya Allah membuka hati hakim-hakim yang bersidang pada 1 Jun 2018 untuk membebaskan saya. Berdoalah juga agar saya dikurniakan keputusan yang sesuai dan baik untuk saya.
In Sha Allah saya redha dengan apa-apa keputusan pun.

Semoga Saudara Rafizi memperoleh kebebasan dalam urusan tersebut. Insya-Allah.
BalasPadam