Kita kena rai juga pandangan orang lain - Nik Omar
Nik Omar,
anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat, meminta rakyat supaya berfikiran terbuka dalam menerima mana-mana
kumpulan yang membawa pendekatan Islam walaupun berbeza pandangan.
Nik Omar, calon PKR-AMANAH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kubu kuat PAS yang pernah diwakili Allahyarham Nik Aziz, berkata setiap pihak perlu meraikan pandangan orang lain dan tidak boleh menegakkan pendapat kumpulan yang diwakilinya sahaja.
"Kalau kita rasa kita berpegang dengan Islam, kita nak mendaulatkan Islam, itu satu kebaikan. Dalam masa sama, kita kena rai juga pandangan orang lain, usaha kumpulan orang lain," katanya dalam program Bicara Ikon Harapan yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Naib Presiden Amanah Husam Musa semalam.
Nik Omar, 53, mencetuskan kontroversi apabila bertanding sebagai calon PKR-AMANAH pada pilihan raya umum ke-14 9 Mei ini, yang dilihat sebagai bertentangan dengan pendirian keluarganya yang teguh memperjuangkan PAS.
Susulan tindakannya itu, PAS mengambil tindakan memecat beliau pada Sabtu lepas.
Nik Omar terlibat dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Chempaka dengan Mohamed Fareez Noor Amran mewakili Barisan Nasional (BN-U,mo) dan Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad mewakili PAS.
- Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.