Nik Omar jumpa bonda, Veteran Umno kempen HARAPAN
Kempen pilihan raya umum ke-14 bertambah panas dengan BN, Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS menaikkan gear bagi meraih sokongan.
Berikut beberapa isu yang mengisi hari keempat kempen pada 1 Mei ini:
Nik Omar balik rumah
Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini tampil menjawab kenyataan adiknya, Nik Abduh pada 30 April bahawa beliau tidak pulang ke rumah ibunya.
Calon DUN Cempaka itu berkata beliau ada pulang ke rumah dan berjumpa dengan ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Beliau malah berkata Nik Abduh seharusnya menunjukkan rasa hormat kepadanya sebagai abang, seperti yang diajar Islam.

Veteran Umno kempen HARAPAN
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini secara rasmi menyertai kempen HARAPAN, selepas membuat penampilan mengejut di program Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam sebelumnya.
Jika semalam beliau hanya duduk di pentas, Daim hari ini membuat ucapan dalam satu program di Pendang, Kedah.
"Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru," katanya.

Begitu juga dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz yang mengeluarkan kenyataan menggesa rakyat menukar kerajaan pada PRU ini.
Kali ini beliau secara langsung merujuk kepada HARAPAN dan khususnya BERSATU dengan berkata: "Sekarang ada pihak lain yang menawarkan untuk berkhidmat sebagai kontraktor untuk mengurus rumah kita, Malaysia. Ia adalah parti yang di pimpin oleh Tun Mahathir (Mohamad)."
PAS lawan Sarawak Report
Peguam Datuk Seri Abdul hadi, Wan Rohimi Wan Daud mengumumkan anak guamnya menang lima penghakiman interlokutori (keputusan yang tidak menyelesaikan kes sepenuhnya) terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, dalam kes saman terhadap portal itu di Mahkamah Tinggi London.
Ia berkaitan laporan laman itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Abdul Hadi menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Setiausaha politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menyifatkannya sebagai kemenangan awal manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkembangan itu bakal melonjakkan sokongan kepada PAS pada PRU kali ini.
Namun Sarawak Report dalam kenyataan berkata kes baru saja bermula dan akan meminda penyataan pembelaan dengan memasukkan maklumat baru.
Laman itu juga memaklumkan perbicaraan penuh akan bermula April tahun depan.
Diserang dan dibela
Kenyataan Nik Abduh kepada Nik Omar mendapat reaksi Tuan Ibrahim. Timbalan presiden PAS itu menyifatkan ia hanya mewakili Nik Abduh dan keluarga, bukannya PAS.
Tuan Ibrahim juga berkata sebarang serangan melampau terhadap Nik Omar sejak menjadi calon HARAPAN sebagai keterlaluan.

Anak saudara Abdul hadi, Miqdad Zakaria yang juga ketua AMANAH Marang pula menasihatkan agar Abdul Hadi bertaubat ekoran warkah terbukanya kepada anak-anak bekas pemimpin PAS yang kini tidak lagi bersama PAS.
Beliau berkata peristiwa anak Nabi Nuh yang menjadi kufur sama sekali tidak boleh disamakan dengan langkah anak-anak bekas pemimpin PAS itu.
Taktik masuk hospital?
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pembangkang mungkin akan memasukkan Tun Dr Mahathir Mohamad ke hospital sebelum hari mengundi sebagai taktik meraih simpati.
Apatah lagi selepas bekas perdana menteri itu mendakwa pesawat yang dinaiki disabotaj, kata Zahid.
Menepis dakwaan itu, Mahathir berkata beliau tidak perlu berbuat demikian untuk meraih sokongan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.