https://critoxium.com/shop/

Terkini

Peranan Rakyat Sebagai Media Massa

Oleh Mohd Sayuti Omar

Gesaan Anwar Ibrahim agar media massa menjadi suara rakyat menegur kerajaan dan bukan pengampu kerajaan satu gesaan yang menggambarkan kerajaan PH sebuah kerajaan terbuka dan menerima kritikan.

Memahami kata-kata Anwar itu kerajaan hari ini tidak perlu kepada media massa yang menjadi pengampu kepada kerajaan sehingga sikap itu merugikan kerajaan.

Apa dinyatakan Anwar itu sangat dialu-alukan.

Dalam hal ini media sosial juga bolehlah dianggap sebagai media massa. Para pemain media sosial seperti Fb, twiteer dan sebagainya boleh memainkan tanggungjawab itu. Bahkan media sosial merupakan suara langsung daripada rakyat kerana ia ditulis oleh rakyat sendiri.

Cuma dalam hal ini peranan yang dikehendaki oleh Anwar itu perlulah ditanggungi secara adil dan saksama. Misalnya sesuatu teguran dan kritikan itu haruslah rasional dan bertanggungjawab yang lengkap dan fakta ataupun diberikan solusi. Ia bukan bersifat menegur semata-mata.

Bagi kerajaan atau individu yang ditegur pula sudah pasti mahukan formula atau jalan keluar. Media massa atau rakyat yang sedemikianlah baru boleh dianggap sebagai bertanggungjawab dan adil.

Hal ini juga perlu diterima baik oleh pendokong tegar kerajaan dan mana-mana pemimpin dimana mereka jangan mudah membidas balik mempertahankan individu yang dikritik sampai menjadi panglima dugun. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.