Ph menang bukan penamat larian!
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Sejak penamaan calon, kudrat saya terjejas. Sekadar perhati dari jauh. Sukar buat penilaian dalam keadaan undi tolak-bn berpecah.
Tapi, nurani saya rasa mungkin bn tumbang dalam situasi ramai menjangka ia dapat kekalkan kuasa.
Peralihan tanpa gegak gempita dan riuh rendah.
Orang ramai sudah muak dan jelak dengan pemerintahan zaman berzaman.
Rakyat mahu rasai pentadbiran kerajaan yang baru.
Selangor, pulau pinang, kelantan, elok sahaja di bawah kerajaan-bukan-bn.
Kenapa tidak dicuba pula kerajaan persekutuan yang baru.
Lebih 6 dekad di bawah regim lama. Penuh rasuah, penuh nepotisme, penuh kronisme. Khazanah negara macam harta pusaka makpak depa aja.
Terlalu banyak sebab untuk rehatkan umno-bn.
Cukup dengan alasan ia sudah terlalu lama memerintah; jadi gantikanlah dengan pakatan harapan.
Beri peluang mahathir dan regu barunya dari pkr, dap, amanah serta teman2nya dalam bersatu untuk memulihkan negara.
Dan kita, rakyat biasa, jangan bagi cek kosong kepada mereka yang menang nanti.
Terus berpartisipasi secara proaktif. Terus tegur. Terus kritik. Terus bantah mana-mana yang salah.
Desak dan tuntut pelaksanaan reformasi institusi, cantas senarai panjang kuasa pm dan mb/km, bebaskan cengkaman eksekutif ke atas badan kehakiman, media, jabatan peguam negara, sprm, pdrm. Hidupkan demokrasi yang matang.
Kemenangan ph bukan penamat larian tetapi permulaan perjalanan yang panjang.
Insya Allah saya bersedia untuk terus menjadi wartawan cabuk tanpa akhbar, yang akan terus mengkritik dan menegur, walaupun di bawah kerajaan baru ph.

Lutfi menulis Lebih 6 dekad di bawah regim lama. Penuh rasuah, penuh nepotisme, penuh kronisme. Khazanah negara macam harta pusaka makpak depa aja.jadi gantikanlah dengan pakatan harapan. Beri peluang mahathir dan regu barunya dari pkr, dap, amanah serta teman2nya dalam bersatu untuk memulihkan negara.
BalasPadamTahukan lutfi 6 dekad tu 22 tahun Penuh rasuah, penuh nepotisme, penuh kronisme. Khazanah negara macam harta pusaka makpak depa aja itu sekarang dipimpin oleh orang ITU.
Nak bagi orang itu pulih. Mana akal kita?