Situasi Sebenar Kes saman Pas Terhadap Sarawak Reports - Peguam Syarie
Oleh Muhamad Fadzil Ahamad,
Saya terbaca ramai kawan-kawan share pasal kemenangan dalam lima permohonan interlokutori dan satu pihak lagi dalam kes tersebut diperintah untuk membayar sejumlah kos/amaun.

Sekali baca, seolah pihak yang diperintah membayar kos tu dah kalah
dalam kes yang masih berjalan tersebut dan seolah-olahnya juga kes
tersebut dah selesai?
Saya tidaklah pakar dalam semua isu-isu perundangan tetapi setakat yang saya belajar dahulu dan pengalaman yang amat sedikit memerhatikan kes-kes di Mahkamah, apa yang saya faham, penolakan terhadap permohonan yang dibuat secara interlokutori adalah perkara biasa di Mahkamah dan pada kebiasaan juga, Mahkamah akan menetapkan suatu jumlah kos dikenakan kepada pihak yang membuat permohonan sekiranya permohonan interlokutori tersebut ditolak!
Jadi, permohonan interlokutori ni apa sebenarnya? Dalam bahasa mudahnya, permohonan interlokutori adalah 'permohonan dalam permohonan'.
Saya mengambil contoh kes yang pernah saya sendiri kendalikan, iaitu kes tentang perceraian yang difailkan di Mahkamah Syariah. Walaupun ianya sebuah kes di Mahkamah Syariah tetapi aspek prosedural yang digunapakai di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil adalah hampir sama.
Anakguam saya telah failkan permohonan perceraian terlebih dahulu di sebuah Mahkamah di ibunegara. Kemudian, pihak suami kepada anakguam saya telah failkan permohonan untuk sabitan nusyuz terhadap anakguam saya di sebuah Mahkamah yang lain.
Dari segi prosedur, anakguam saya boleh membuat bantahan terhadap permohonan sabitan nusyuz yang telah difailkan oleh pihak suami kerana permohonan yang dibuat oleh suami tersebut sepatutnya boleh dijawab dalam kes tuntutan cerai yang telah difailkan terlebih dahulu oleh anakguam saya. Maka saya nasihatkan anakguam saya supaya failkan suatu bantahan awalan terhadap permohonan sabitan nusyuz oleh suami tersebut secara INTERLOKUTORI.
Oleh itu, permohonan untuk bantahan awalan tersebut adalah suatu permohonan berasingan atau permohonan kecil yang terdapat dalam permohonan induk iaitu, permohonan sabitan nusyuz yang difailkan oleh pihak suami. Sebab itu saya sebut dalam bahasa mudahnya, permohonan interlokutori ini adalah 'permohonan dalam permohonan'.
'Permohonan dalam permohonan' atau interlokutori ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu proses pengurusan kes di Mahkamah. Permohonan secara interlokutori tersebut boleh dibuat pada mana-mana peringkat kes hatta ketika perbicaraan sedang berjalan sekalipun.
Jika satu pihak mendapati terdapat keperluan untuk menimbulkan sesuatu isu yang di luar daripada subjek dalam kes yang sedang berjalan, atau pihak yang satu lagi memerlukan maklumat tambahan untuk menyokong permohonannya, maka pihak terbabit boleh membuat suatu permohonan khusus secara interlokutori dalam kes induk yang sedang berjalan tersebut. Pendeknya, banyak 'permohonan dalam permohonan' boleh dibuat selagi kes tersebut belum berakhir.
Berkenaan kos? Ianya juga adalah proses biasa untuk Mahkamah menetapkan suatu jumlah tertentu dikenakan kepada pihak yang mengemukakan permohonan secara interlokutori sekiranya permohonan tersebut ditolak. Jumlah kos tersebut adalah tergantung kepada kebijaksanaan hakim dan Mahkamah. Pada asasnya, suatu kos dikenakan kerana sesuatu 'permohonan dalam permohonan' ini dianggap melengahkan masa dan menyebabkan kos Mahkamah sendiri meningkat.
Contoh dalam kes yang saya berikan tadi, setelah diteliti permohonan bantahan awalan yang dibuat anakguam saya secara interlokutori tersebut, atas isu yang agak teknikal, Mahkamah telah menolak bantahan awal anakguam saya dan memerintahkan kos sebanyak RM2000 dikenakan kepada anakguam saya.
Soalnya, adakah anakguam saya telah kalah dalam kes nusyuz yang difailkan suami tersebut? Jawapannya tidak sama sekali kerana kes tersebut masih di peringkat yang terlalu awal. Belum mula bicara pun.
Justeru kes sabitan nusyuz terhadap anakguam saya tetap diteruskan dengan perbicaraan penuh dan setelah perbicaraan penuh dijalankan, di akhir kes tersebut, keputusan Mahkamah memihak kepada anakguam saya!
Oleh itu, sekiranya pihak tertentu mendakwa bahawa mereka telah 'menang' dalam sesuatu permohonan interlokutori seolah mereka juga telah menang keseluruhan kes tersebut, percayalah bahawa mereka sebenarnya tidak memahami pun apa yang sedang berlaku di Mahkamah tu.
Tapi saya tidaklah pelik pun, sebab pihak yang mendakwa mereka menang kes saman tu juga adalah pihak yang sama tak faham pun tentang isu RUU355. Bermati-matian pertahan RUU355 tapi bila ditanya, tak tahu dan tidak pernah lihat pun isi kandungan Akta 355 sedia ada. Begitulah seadanya.
Sekian.
Muhamad Fadzil Ahamad,
Peguam Syarie cabuk.

Peguam tapi perbandingan tidak tepat. SR dia tuduh Hadi dapat RM90 juta 5 INTERLOKUTORI kalah dan 42 muka surat hujah ditolak tinggal 8 lagi untuk perbicaraan nanti. Peguam ini akan menulis juga diakhirat nanti atas fitnah kepada Abdul Hadi semuga Allah selamatkan dia ini di akhirat nanti
BalasPadam