Daripada mana harta keluarga Najib?
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
BANYAKNYA harta yang
dirampas daripada milik keluarga Datuk Seri Najib Razak. Nilai lebih RM1
bilion. Wang tunai RM116.7 juta? Seutas rantai leher saja bernilai RM6
juta? Daripada mana kekayaan ini diperolehi? Gaji, menabung, pesaka atau
daripada mana?
Sebab itu kita harapkan supaya SPRM dan
pihak berkuasa boleh menyiasat terus mereka yang hidup mewah melebihi
pendapatan. Jangan tunggu tidak ada kuasa baru ambil tindakan.
Bertindaklah kepada siapa yang disyaki mendapat harta yang tidak sepadan
dengan pendapatan walaupun masih berkuasa. Jangan sampai sudah jadi
barah tahap 4, baru hendak bertindak.
Kesannya rakyat yang menderita. Keluar
universiti kerja tidak ada. Biasiswa tidak ada. Hospital tidak cukup
doktor pakar. Kos sara hidup meningkat. Harga rumah meningkat. Rakyat
masih ramai tidak memiliki rumah dan lain-lain lagi.
Prinsip "kebenaran apabila berkuasa"
kena buang. Bila tidak ada kuasa baru salah. Kerana prinsip ini akan
menghancurkan negara. Tangkap sama ada yang berkuasa atau tidak
berkuasa. Tidak ada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Kita tidak
mahu apabila ada kuasa semua betul dan benar, kes boleh digugurkan.
Apabila tidak ada kuasa , semuanya salah.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.