https://critoxium.com/shop/

Terkini

Speaker Dun Kedah : PAS Jangan Sampai Di Lihat Kebuloq Atas Nama Kerajaan Perpaduan


Oleh Mahfuz Omar

1. Isu pemilihan Speaker DUN Kedah terus menjadi hangat bila Pas meminta untuk berunding supaya jawatan tersebut di serahkan kepada Pas,namun Pakatan Harapan menolak hasrat Pas tersebut sebaliknya PH meminta semua pihak menerima calon Speaker dari PH.

2. Pas begitu ghairah nak jadikan jawatan speaker Dun Kedah untuk membolehkan ujudnya kerajaan perpaduan tanpa pembangkan di Kedah,yang menghairankan Ialah Pas tidak pula berhasrat mengujudkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang di negeri yang di perentah oleh Pas seperti di Kelantan dan Terangganu.

3. Alasannya kedudukan kerusi yabg dimenangi PH sama banyak dengan jumlah kerusi yang di menangi Pas dan Bn iaitu 18-18.Cukup pelekan bila kerusi sama banyak Pas nak kerajaan perpaduan tapi bila kerusi Pas majorati seperti Kelantan dan Terangganu tak kebuloq pulak Pas nak ajak bentuk kerajaan perpaduan tanpa pembangkang.

4. Nampaknya Perpaduan yang di anjurkan Islam di bawa Pas hari ini ialah Perpaduan untuk tempatkan Pas dalam politik kuasa.Tapi bila Pas berkuasa penuh seperti di Kelantan dan Terangganu tak berbunyi pulak tawaran bina kerajaan perpaduan kepada pembangkang disana.Tak tahu la pulak ada ajaran Islam yang Pas diutama dan di dahulukan.

5. Rakyat boleh melihat betapa kebuloqnya Pas untuk berkuasa.Sebelum ini di Selangor Pas tetap berada dalam kerajan negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat walaupun sudah memutuskan hubungan kerjasama politik (tahaluf siasi) dengan Pkr dan Dap yang dianggap Pas sebagai musuh menentang agenda Islam tapi tetap berada dalam kerajaan di bawah kepimpinan Yb Azmin Ali timbalan Presiden Pkr yang diistihar Pas sebagai parti yang menentang agenda Islam yang di bawa Pas.Agaknya masa tu Pas berpegang pada pendapat mazhab baru perpaduan dan kebuloq kuasa berpisah tiada.

6. Tak salah nak calonkan Speaker Dari Pas tapi jangan la berlindung di sebalik slogan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang.Rakyat nak termuntah mendengar slogan tersebut.Masa sebelum pru14 PH ajak mai bersama dalam PH tak mau.Pasai ada parti pengkianat,menentang agenda Islam dan segala macam alasan menolak pelawaan PH. Sekarang nak ajak pula bentuk kerajaan perpaduan di Kedah dengan PH yang ada pengkianat,menentang agenda Islam dan bagai.

7. Ahli Pas boleh menilai sikap pimpinan Pas ,mereka yang melarang ahli Pas menerima apa apa jawatan lantikan politik jika di tawar oleh kerajaan PH tapi mereka menawar diri untuk bentuk kerajaan Perpaduan nak memerentah bersama PH dan pegang jawatan speaker.

Di Terangganu dan Kelantan tak pula dengar Pas nak bentuk kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.Nampaknya perpaduan menjadi alat untuk Pas bermain politik bagi menyertai politik kuasa di Kedah tapi di Terangganu dan Kelantan Pas letakan perpaduan dalam bakul sampah.Tak salah nak calonkan Speaker dun Kedah tapi jangan sampai ahli Pas di bawah kata Pas kebuloq kuasa.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.