Kes 1MDB bermula, Najib ditahan SPRM di rumah
BEKAS perdana menteri Najib Razak ditangkap hari ini selepas lebih
lima minggu siasatan terhadap beliau dan isterinya digiatkan melalui
Pasukan Petugas Khas 1MDB.
Beliau ditahan di kediaman mereka di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang ini oleh sepasukan anggota polis.
Penahanan itu dibuat selepas beberapa saksi penting termasuk isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza Aziz dan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi disiasat.
Najib dan Rosmah juga hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Sejumlah harta dalam bentuk wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM1.1 bilion dirampas dari beberapa kediaman dikaitkan dengan ahli Parlimen Pekan itu.
Beliau dan isterinya juga disekat daripada meninggalkan negara sejak kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pentadbiran negara

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.