https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kes Najib : Tommy Thomas Vs Shafee Abdullah ,Pertembungan 'Buku Dengan Ruas'!

Oleh Syahril A. Kadir
 
Hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan ke mahkamah. Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas dibantu 11 orang Timbalan Pendakwa Raya .

Mereka adalah Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Najib ternyata tidak mahu tunduk dengan mereka.

Bagi pihak dirinya, Najib telah melantik peguam tersohor, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pembelaan sambil dibantu oleh lima peguam lain iaitu Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Melihat kepada nama-nama besar terutama Tommy dan Shafee dalam kes ini, satu je perkataan yang aku boleh gambarkan...WOW!

Mengapa aku kata wow? Jawapannya mudah. Bagi aku inilah pertembungan dua nama besar dalam dalam bidang guaman dan sudah tentu ramai pihak sedang menantikan perdebatan dan hujah yang akan keluar dari mulut kedua-dua tokoh undang-undang terkemuka ini.

Pendek kata, inilah yang dikatakan dalam peribahasa Melayu - BUKU BERTEMU RUAS!
Tommy dianggap antara pakar undang-undang perlembagaan, korporat dan perdagangan terbaik yang negara ada ketika ini.

Beliau telah menghabiskan sebahagian besar masanya selama 42 tahun dalam bidang guaman dengan memberi khidmat sebagai peguam serta bertindak dengan cemerlang dalam beberapa kes besar melibatkan hutang korporat dan pemerolehan semula aset seperti dalam kes Amos William Dawe and Mosbert; Lian Keow lwn Overseas Credit Finance, dan Bank Bumiputra lwn Lorrain Osman.

Menurut laporan, terbaru, beliau mencurahkan khidmat dalam kes Suruhanjaya Sekuriti menentang Swiss Cash, skim Ponzi melibatkan seluruh dunia yang lahir di Malaysia – menjejaki dana dalam skim Ponzi itu hingga ke bank di Hong Kong, Jersey dan British Virgin Islands; mendapatkan Injunksi Mareva di seluruh dunia dan mendapatkan bayaran pampasan paling besar bagi mereka yang menjadi mangsa dalam skim Ponzi, pergh!

Thomas, yang berasal dari Kuala Lumpur, memperoleh kelulusan barrister-at-law dari Middle Temple, London dan terlibat dengan lebih 150 kes yang dilaporkan serta kes tidak dilaporkan yang tidak terkira jumlahnya.

Beliau sering disebut sebagai antara peguam litigasi terkemuka Malaysia oleh penerbitan bebas antarabangsa seperti The Asia Pacific Legal 500, Which Lawyer, Who’s Who Legal (The International Who’s Who of Business Lawyers), Commercial Litigation Lawyers of Asia dan Chambers Asia.

Dalam bidang korporat, beliau muncul dalam kes berkaitan syarikat, pembubaran, penerimaan dan insolvensi. Dalam bidang perdagangan, beliau bertindak dalam kes berkaitan perbankan, sewa beli, kontrak, harta intelek, penjualan barangan, wasiat, amanah dan undang-undang tanah.

Thomas juga terlibat dalam litigasi rumit melibatkan bon dan instrumen kewangan canggih lain.
Baik, sekarang jom kita lihat mengenai Shafee.

Shafee yang berkelulusan Master in Law dari Belgium, adalah peguam yang penuh warna dan penuh kontroversi. Beliau adalah peguam yang bertanggungjawab sehingga UMNO diharamkan dan beliau juga yang bertanggungjawab sehingga Anwar dipenjara - aku pun tak tahu dia di pihak 'mana' sebenarnya hahahah!

" Saya hanya lihat dari segi fakta undang-undang, kalau tak bersetuju dengan saya, sesiapa pun boleh mencabar saya di mahkamah," katanya ringkas pada waktu berbual dengannya di pejabatnya tak lama dulu.

Aku diperkenalkan kepada Shafee oleh peguam Lwyr Adzly dan sejak itu kami sering bertemu sama ada di pejabat, di pentas forum malah di kedai mamak!

Aku tak berminat 'benda-benda lain' cuma aku nak kongsi pemerhatian aku mengenai peguam hebat ini.

Raut wajahnya memang bengis, cara beliau berhujah memang keras tetapi kalau bersembang dengannya secara personally, Shafee sangat mesra dan murah dengan senyuman.

Walaupun garang dalam court, di luar beliau sangat terbuka dan bersedia menerima pandangan kita, berbeza habis dengan karektornya.

Orang boleh kata apa saja mengenai beliau, tetapi aku melihat ada 'sesuatu' mengenai Shafee yang membuatkan aku tidak hairan mengapa beliau boleh muncul antara peguambela terbaik di Malaysia dan menjadi rebutan ramai klien!

Untuk pengetahuan korang, kesungguhan Shafee bila bekerja memang luar biasa. Setiap kali bila nak pergi mahkamah, beliau dan peguam-peguamnya yang lain akan 'all out' bekerja sampai berkampung di pejabat untuk mesyuarat, buat research, buat preparation gila-gila sampai ofis depa belah malam ni sentiasa terang benderang.

Beliau juga seorang pendengar yang hebat. Contohnya kalau borak ngan kita. Shafee jarang menyampuk. Beliau akan mendengar dengan teliti satu persatu apa yang kita cakap walaupun benda yang kita cakap tu bukanlah benda penting pun, santai-santai saja aje sebenarnya.
Lagi satu Shafee cukup teliti dan aku boleh kata seorang yang perfectionist. Pernah satu ketika ketika sedang meeting dengan beliau di pejabat, tiba-tiba handphonenya berbunyi. Beliau berbual pasal lauk ikan untuk lunchnya, tetapi cara dia explain kepada pemanggil tersebut mengenai bagaimana lauk itu perlu dimasak, seolah-olah dia seorang masterchef OK.
Lagi satu beliau mempunyai ingatan yang cukup kuat dan sangat teliti. Di pejabatnya, ada ribuan fail kes yang rapi tersimpan walaupun dah berpuluh tahun kes itu berlalu. Dalam erti kata lain, kau jangan cuba-cuba nak temberang dengan beliau kerana dalam sekelip mata, beliau boleh minta pembantunya bawa keluar fail dan berhujah dengan kau, kah kah kah!
Dalam mahkamah jangan ceritalah, aku difahamkan oleh kawan-kawan peguam, kalau Shafee menyoal kau, silap haribulan kau boleh terkencing kat kandang saksi!
So antara Tommy dan Shafee, hujah siapakah yang hakim akan terima pakai akhirnya? Ini betul-betul pertarungan mahkamah terulung abad ini, aku jamin, serius!
All the best for Tommy and Shafee. Ini baru power!!!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.