https://critoxium.com/shop/

Terkini

BR1M: Tidak pun merubah kehidupan seharian rakyat

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ekoran cadangan Dr Mahathir untuk mengurangkan Bantuan Sara Hidup (BSH) alias BR1M banyak yang melenting dengan rancangan itu. Saya seorang tidak berasa apa-apa kerana bantuan sebegitu tidak memberi apa-apa manfaat pun untuk kemajuan hidup rakyat dan negara.

 Jumlahnya memang banyak berbillion, tetapi ia tidak menjamin rakyat negara ini berubah dan bahagia dengannya.

Skim berkenaan dihasilkan oleh orang yang mahu manfaat untuk dirinya sendiri. Di zaman Najib dia mahu rakyat berterima kasih dengannya dan memberi undi.

 Walhal bantuan itu tidak pun merubah kehidupan seharian rakyat. Adakah statistik kajian menunjukkan BR1M telah menganjakkan tahap kehidupan rakyat?

Jadi apabila Dr Mahathir bercadang hendak kurang atau tiadakan terus bantuan itu saya mengalu-alukan. Bantuan kerajaan tidak langsung kepada setiap perorang tetapi biarlah yang boleh dinikmati semua.

Misalnya subsidi gula, minyak, tepung beras, eletrik (jika diadakan) dan sebagainya, sebegitulah yang dapat dirasai semua. Pemberian melalui subsidi itu lebih afdal.

Elok kalau kerajaan PH ini mencabar rakyat untuk hidup secara berdikari, lebih berani dan lebih memahami realiti kehidupan. Trims.


Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.