https://critoxium.com/shop/

Terkini

Azmin Akan Jadi TPM ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kata Dr Wan Azizah dia tidak akan ada lagi dalam kabinet apabila Anwar menjadi PM. Saya percaya Dr Mahathir lebih selesa dengan Dr Wan Azizah sebagai TPM sekarang. Wan Azizah banyak membantu kerja-kerjanya sebagai timbalan perdana menteri.

Kerana Wan Azizah tidak lagi berada dalam kabinet bila Anwar jadi PM, maka tidak adalah seorang timbalan yang seperti Wan Azizah yang menyenangkan perdana menteri.

Sukar untuk diramalkan siapakah yang layak untuk menjadi timbalan kepada Anwar Ibrahim. Cuma bagi saya buat masa ini yang mungkin akan dipilih oleh Anwar ialah Azmin Ali. Anwar tidak ada pilihan lain walaupun di luar sana mahukan Rafizi.

Azmin sudah lama dikenali Anwar, dan Anwar tahu macam mana hendak handle MP Gombak itu.

Pengalaman dan track record yang dimiliki Azmin semasa jadi MB Selangor dan kini menteri Hal Ehwal Ekonomi sudah pasti akan menjadi asas utama untuk Anwar mengambil Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rafizi adalah batang pisang yang diilhamkan oleh Hang Nadim sahaja. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.