PH, Umno kekalkan kerjasama di N Sembilan
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bersama oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berlangsung pada 5 Mei 2026 telah mencapai persetujuan dan ketetapan seperti berikut:
1. Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan.
2. Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
3. Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan juga bersetuju untuk memastikan apa jua keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sebarang bentuk sensitiviti dan membuka ruang perselisihan mesti segera dirujuk kepada Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-Pakatan Harapan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Setiausaha Agung Pakatan Harapan
Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Setiausaha Agung UMNO
5 Mei 2026




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.