https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Tanpa PH, Mampukah UMNO/BN Bertahan di Negeri Sembilan?”


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

Jika PRN Negeri Sembilan diadakan sekarang, bolehkah UMNO/BN menang?

Dalam PRN terakhir pada Ogos 2023 UMNO menang 14 kerusi, kerjasama dengan PH.

Tanpa kerjasama dengan PH, bolehkah UMNO menang 14 kerusi tersebut?

Semasa PRN 2023 itu, saya dan kawan2 ada buat kajian lapangan di sana.

Antara dapatan utama adalah pengundi teras PH sedia memberi undi kepada calon UMNO/BN, secara optimum.

Namun pengundi teras UMNO berat hati dan kurang bersedia untuk memberi undi kepada PH.

Dengan kata lain vote transferability PH kepada BN berlaku dengan baik, namun sebaliknya untuk undi BN kepada PH.

Dokongan pengundi teras PH tersebut banyak membantu UMNO/BN menang khususnya di kerusi2 seperti Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juaseh, Seri Menanti, Senaling dan Kota.

Semua kerusi tersebut UMNO/BN menang hanya dengan beberapa puluh atau beberapa ratus majoriti undi sahaja.

Berdasarkan simulasi dapatan pada masa itu, tanpa sokongan pengundi teras PH, agak sukar untuk UMNO/BN memenangi kerusi2 tersebut.

Bahkan sebanyak 27 peratus pengundi BN dalam PRU15 pada November 2022 secara terang dan jelas memaklumkan mereka akan mengundi PN dalam PRN Ogos 2023 tersebut.

Itu belum termasuk sekitar 15 peratus yang memberitahu tidak pasti atau belum membuat keputusan, tengok bahasa badan macam nak undi PN juga.

Inilah senario kekuatan UMNO/BN di Negeri Sembilan sekitar 2 tahun 9 bulan lepas.

Adakah UMNO/BN Negeri Sembilan sekarang lebih kuat berbanding Ogos 2023 lepas?

Saya sendiri belum ada kajian lapangan terbaru di sana, tiada data empirik untuk menjawab persoalan tersebut.

Namun daripada analisis sentimen yang dibuat rentetan krisis politik terbaru, nampaknya persepsi awam agak kurang memihak kepada UMNO/BN Negeri Sembilan buat masa ini.

Tidak mudah juga untuk UMNO/BN jika berlaku PRN dalam masa terdekat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.