Kelantan bincang sebat pesalah syariah di masjid, stadium
Kerajaan negeri Kelantan dalam proses untuk mewartakan pindaan
hukuman sebatan di khalayak umum bagi pesalah jenayah syariah, kata
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Menurut beliau, perkara itu susulan dewan undangan negeri (DUN) meluluskan pindaan terhadap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah pindaan 2017.
"Sehingga ini masih dalam perhatian untuk diwartakan, yang boleh menyebabkan kita rotan di khalayak ramai.
"Kita dalam cadangan dan perbincangan pertamanya dalam dewan tertutup, di dalam atau kawasan masjid dan stadium," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Hududullah 2018, di Kota Bharu, hari ini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.