https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Perkhidmatan telekomunikasi prabayar dikecualikan SST'

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Menurut kementerian itu, tindakan berkenaan adalah untuk mengatasi masalah daripada syarikat
telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera bagi menampung cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula pada 1 September.

Perkembangan itu menyaksikan pengguna mendakwa bahawa mereka ditipu kerana tidak mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat walaupun perkhidmatan telekomunikasi prabayar dikecualikan daripada SST.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018.

“Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi pra bayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.” kata kementerian kewangan dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian itu, kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat-syarikat
telekomunikasi agar pihak kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mengulangi bahawa perkhidmatan telekomunikasi prabayar tidak tertakluk kepada SST dan berkata tidak ada keperluan bagi syarikat berkenaan "menyukarkan kehidupan" banyak pihak.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.