Perubahan positif pengundi Seri Setia
PETALING JAYA: Setelah
tinggal seminggu lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia,
terdapat perubahan positif para pengundi terhadap calon PAS, Dr Halimah
Ali.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan
Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menyedari undi yang diperolehi oleh
Pakatan Rakyat (PH) dalam PRU14 yang lalu sangat besar.
“Para petugas PAS diseru untuk melipat
gandakan lagi usaha merayu pengundi-pengundi di Seri Setia melakukan
perubahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Seri Setia ini.
“PAS yakin perubahan dan sokongan
besar-besaran pengundi-pengundi di Seri Setia ini kepada PAS akan
memberi signal penting kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya jangan
memandang enteng janji-janji yang telah mereka taburkan dalam PRU ke-14
yang lalu,” katanya.
Tuan Ibrahim sebelumnya mengetuai
mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukyi;
Katanya, PAS juga melahirkan penghargaan
kepada Umno, MIC, NGO dan tokoh-tokoh perseorangan daripada pelbagai
kaum serta semua pihak yang telah bersungguh-sungguh untuk membantu
calon PAS.
Menurutnya, kerjasama itu atas semangat kebersamaan dalam blok pembangkang untuk PRK Dun Seri Setia kali ini.
“Kerjasama yang diberikan oleh oleh
semua pihak diyakini akan mengukuhkan kuasa politik semak imbang
khususnya di negeri Selangor yang mempunyai bilangan Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) daripada Pakatan Harapan (PH) yang begitu besar.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.