PRK PD hangat, Saiful Bukhari mahu tanding Bebas
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port
Dickson menjadi semakin hangat selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan
menyatakan hasrat untuk bertanding.
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata penyertaannya sebagai calon Bebas bukanlah kerana kisah silam bersama ketua umum PKR, lapor Star Online.
“Saya bertanding sebagai calon Bebas tanpa disokong mana-mana parti. Saya bertanding bukan kerana kisah lama dengan Anwar tetapi sebab lain.
“Saya sudah berfikir panjang dan ia langkah yang betul,” beliau dilaporkan berkata.
Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan hukuman penjara Anwar oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful pada 2015.
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata penyertaannya sebagai calon Bebas bukanlah kerana kisah silam bersama ketua umum PKR, lapor Star Online.
“Saya bertanding sebagai calon Bebas tanpa disokong mana-mana parti. Saya bertanding bukan kerana kisah lama dengan Anwar tetapi sebab lain.
“Saya sudah berfikir panjang dan ia langkah yang betul,” beliau dilaporkan berkata.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.