https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lagha?


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

 Konsert Siti Nurhaliza bukan acara maksia . Dalam konsert itu tidak ada acara maksiat. Orang ramai hadir untuk berhibur, bersosial.

Siti menyanyi. Berkomunikasi dengan orang ramai. Dia bukan buat maksiat dan orang ramai pun tak buat maksiat.

Hiburan keperluan jiwa manusia. Siti ada bakat menghibur. Dia buat sesuatu yang memenuhi keperluan jiwa manusia. Itu suatu kebaikan dan sumbangan dia.

Lagha (sia-sia) atau tidak bergantung kepada diri kau sendiri. Kau tak boleh paksa cara kau berhibur, bersosial terhadap orang lain.

Dunia ini dihuni oleh pelbagai jenis manusia, bukan manusia macam kau dan geng kau sahaja.

Ada orang berhibur, bersosial di tebing sungai, memancing. Ada pula di dalam hutan, mendaki. Ada pula di pasar malam, cuci mata tengok barang jualan.

Takkanlah oleh kerana cara orang berhibur, bersosial tak sama dengan cara kau, maka senang-senang kau hukum cara orang lain lagha.

Kau tak boleh guna piawaian kau terhadap orang lain. Belum tentu piawaian kau tepat dan piawaian orang lain salah.

Kau tak pergi konsert Siti pun, tapi layan video entah apa-apa, itu sebenatnya yang lagha.

Waktu kau layan video tu, kau tak pakai serban. Tapi waktu kau komen konsert Siti, kau pakai serban.

Maka, kau pun hukumlah konsert Siti lagha. Hakikatnya, bukan sebab konsert Siti lagha, tapi sebab kau pakai serban waktu komen.

Kau tahu atau tidak, dunia ini akan sunyi, bosan jika hidup ini mesti mengikut piawaian kehidupan kau.

Kau jangan ingat, sebab kau pakai serban waktu main henpon, maka orang pakai baju hujan waktu tengok konsert tak sayang agama atau suka buat lagha?

Kau ingat kau saja yang baca dan paham Quran, orang lain tak baca dan paham?

Kau nak hidup cara kau, silakan. Tapi kau tak berhak hukum hidup orang lain mengikut piawaian kau.#

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.